REKABENTUK RINGKAS/ MENARIK - MAMPU MILIK- RISIKO RENDAH ?



Bangunan RBL ini adakah direkabentuk oleh sebuah Jabatan ?.....(lokasi Chuping, Arau, PERLIS) yang menjadi peneraju dalam industri perusahaan sarang burung. Rumah ini sungguh menarik! Syabas! Contoh bangunan RBL ini MUNGKIN bakal  menjadi rumah contoh "Model" pada usahawan  kaum bumi yang kurang pendapatannya??

Size bangunan dengan ketinggian 24' x 15' lebar x 25' panjang dan bilik audio 9' x 15' x 8'tinggi. Tiang Cement Konkrit 12 batang pada ketinggian 32'. Bumbung Metaldek terbuka. Dinding dibina dari Kepingan Cement Board 6 mm, tebal??..Keseluruhan Kos mungkin dalam RM30K...mungkin baru siap dan akan beropersai dalam bulan Mac 2011  ini?? Pak Din ucapkan selamat berjaya .....

Contoh rumah sebegini pernah Pak Din lihat di pameran MAHA dulu di Serdang..cuma bezanya dulu tiangnya hanya menggunakan hollow pipe.. Doa Pak Din agar ianya menjadi contoh .pada yang ingin mencubanya...di Utara Semenanjung. Cuma menjadi tandatanya pada fikiran Pak Din???..mampukan bangunan ini bertahan dari tipuan angin  memandangkan ianya dibina di kawasan terbuka serta diatas kawasan bukit (sikit ajer)  atas bukit dan  kawasan angin lintang. Setahu Pak Din ianya cuma dapat bertahan untuk selama 5 tahun sahaja dengan hujan panas dan angin ribut ....Bila diamati Pak Din melihat terdapat dawai-dawai mengikat 4 penjuru bangunan.- terpikir juga... mungkin ini sebagai bangunan R & D sahaja?????.....melabur pada risiko sebegini   perlu difikirkan dengan teliti RM30K pada yang kurang berada  bukan sedikitkan?.

Mengikut berita-berita yang disiarkan kerapkali di musim tengkujuh kawasan sekitar Cuping dan Padang Siding dan Guar Nangka (sekitar sini) sering terkena puting beliuang.. atap rumah kerapkali diterbangkan...ermmm ...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments