RBL- USAHAWAN KAMBING .- KG. SIDDING, PERLIS


Satu inovasi yang baik dari usahawan kabing?? di Kg Siding, Pauh Perlis ini. Kelihatannya begitulah.. Menarik sekali Pak Din tengok..terdapat satu tembok yang agak luas di sekeliling RBL beliau agak luas...bagaikan sebuah kepungan yang bakal di ubahsuai lagi menjadi sangkar yang luas untuk membesarkan anak-anak burung yang bakal dihasilkan dan mengurungnya kelak supaya semua anak burungnya kelak akan terpaksa berterbangan di dalamnya sehingga besar dan berupaya membiak??? Hanya tuannya saja yang tahu apakah yang bakal dilakukannya kelak??

Sebahagian dari bangunan lama ini diubahsuai dan dijadikan 3 tingkat dengan dinding pembinaan menggunakan batu bata tahan api dan angin dan dengan bertiangkan besi dengan keluasan 10' x 20' x 24' tinggi. Satu yang Pak Din kehairanan..apakah fungsinya satu struktur berbentuk "kok" yang disusun tinggi di tepi dinding luar bangunannya itu..ermmm. untuk simpanan air? untuk menyejukkan? atau apa??

Pembakaran sampah di dekat pintumasuk burung ini kadang-kadang membawa "berkat" kerana banyak serangga yang ada bertempiaran terbang dan bakal menjadi makanan kepada burung-burung ini..kalau yang berlaku seperti di dalam gambar.."BAGUS" sebab angin menolaknya jauh dari pintu masuk burung.. Tetapi Pak Din nasihatkan jika angin bertip menghala ke pintu masuk..hati-hati kerana asap boleh menyebabkan burung tak mahu masuk kedalam mungkin sebab "LEMAS" dengan asapnya.. dan ia jua boleh menghalau burung kelaur dari dalam rumah.. JADI HATI-HATI YA?

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments