Pengurusan Dalaman Rumah Burung

Kini bukan lagi soalan bagaimana nak panggil burung masuk dan bersarang yang penting pada pengusaha rumah burung.. TETAPI LEBIH KEPADA BAGAIMANA NAK TINGKATKAN SARANG BURUNG DI RUMAH KITA??

Ramai yang telah mempunyai sarang di dalam rumah burung mereka.. tetapi ramai juga yang hanya punya sarang burung yang amat sedikit sekali.. sebiji, dua biji, 3 biji, 5 biji, 10 biji dan seterusnya...Dibandingkna dengan saiz rumah yang begitu besar dan canggih.. apalah jumlah sarang yang sedemikian?? bila pulangan akan kita dapat apabila kita sudah melabur puluhan, ratusan malah jutaan ribu ringgit??

Masalah ini bukan saja ditimbulkan oleh kaum bumi kita tetapi juga kaum Cina yang telah lama berkecimpung di dalam industri ini.. BAGAIMANA UNTUK MENYELESAIKANNYA???

JOM SAMA-SAMA KITA MEMIKIRKANNYA!!

CADANGAN 1:

Letakkan makanan "buatan" di dalam RBL kita??

PROS/KON: Mungkin dalam masa singkat ianya menampakkan hasilnya? Burung banyak masuk kedalam rumah katakan... OK kalau dalaman rumah kita tak "SHAHDU" untuk si burung mereka masih tak mau tinggal terus di dalamnya kan?? Kalau selalu sangat dibuat begitu.. akan timbul masalah lain bagi habitat dalam rumahkan? semut, lipas dan cicak dan labah-labah akan menjadi penghuni baru rumah kitakan?? MASALAH LAIN PULA TIMBUL..


Jadi jika mahu berbuat demikian, maka pastikan keadaan dalaman rumah kita sentiasa bersih dan pantau selalu supaya dalaman rumah kita tidak mengundang semua musuh seperti di atas. 


Lagi satu, cuba buat pemerhatian secara terus, apakah tindakan kita itu disukai si burung??  dapatkah mereka menangkap serangga yang kita wujudkan itu?? Dalam keaadan gelap sebegitu..mereka dapat melihat untuk menangkap?? Jika dibaca dalam article-article mengenai burung ini.. mereka menggunakan gelombang untuk bergerak dalam RBL.. mungkinkah penerbangan serangga-serangga tersebut didengari mereka dan mereka berupaya menangkapnya?? Jika dah dibuat..mungkin boleh dikongsi bersama di sini..


Keduanya.. apa kesan kepada habitat micro RBL kita pada burung-burung layang-layang ini.. kesan pada keseimbangan micro habitatnya..??cuba FIKIRKAN!!

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments