Kampong Ku......Kering Kontang Di Sana Sini..



Semalam Pak Din ke Hospital Kangar  dan dalam perjalanan balik singgah di Mata Air mencari tempat makan ikan bakar... carian hampa kerana kedai Makan "pokok sawa" di jalan Mata Air tersebut tutup pulak... Pak Din meneruskan perjalanan mencari kedai makan lain yang mashurnya "sewaktu dengan kedai Pokok Sawa" .. Kalau orang Perlis pasti tahu kut...

Dalam perjalanan dari pekan kecil Mata Air, Pak Din membelok ke Arau.. terjumpa satu kedai baru yang sedang berasap.. dok masak ikan bakar...waduh...sedap baunya..jadi Pak Din pun singgah di sini.. dan bila duduk-duduk tengah nak makan ternampak pulak sebuah RBL di seberang jalan... berukuran lebih kurang 20'x50'x30' (3 tingkat).. Kelihatannya canggih tetapi dari jalan raya nampak akan satu pintu masuk yang agak kecil menghala kejalan..di tingkat 2.. pelik juga Pak Din memikirkannya sebab rumahnya tinggi tetapi pintu masuk direndahkan?? mungkin ada pintu masuk yang lebih tinggi dibelakangnya?? WALLUALAM!!

Sayangnya ketika ini di mana jua..kurang kelihatan burung-burung berterbangan di sekitar sini, atau di keseluruhan PERLIS.. kemana gerangan burung-burung ini kini?? Mungkin cuaca yang panas dan kering membuatkan burung-burung di sini berpindah ketempat lain mencari makan?? Entahlah..ALLAH MAHA MENGETAHUI>>AKAN SEGALANYA>>

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments