Jln Kuala Kerai Ke Gua Musang -Kelantan .Milik Siapa?


Milik siapakah RBL ini?? tersergam indah!!Sudah beroperasi beberapa tahun rasanya jika dilihat daripada keadaan RBL ini. Mugkin dalamannya menyenangkan si burung kerana terdapat begitu banyak lubang-lubang ventilasi yang dipasang..tak perlu menggunakan sistem yang menggunakan elektrik. Ketinggiannya juga memberi ruangan untuk udara keluar masuk.

Untungnya di Kelantan tidak banyak "gangguan-gangguan" dari pihak berkuasa bagi membina RBL. Mungkin mereka sudah punya punca kewangan yang baik bagi menguruskan daerah mereka?? Bertuah mereka-mereka di sini.. Tidak seperti sesetengah tempat di Kedah. Pihak berwajib bagaikan tiada punca kewangan lain selain daripada RBL??? sehinggakan RBL di kawasan sawah, kampung dan kawasan pertanian yang bukan dibawah bidang kuasa??? juga diganggu dengan pelbagai surat "merah"  yang menggugut akan dirobohkan jika tidak dibayar RM 1,000++ atau lebih??

Pak Din menerima banyak "aduan" dari teman-teman yang baru punya RBL dan baru saja beroperasi..belum lagi mendapat apa-apa hasil..sudah ada surat-surat sedemikian sampai ke rumah-rumah RBL mereka.. Undang-undang apa yang mereka pakai?? Kalau rumah sendiri pun kita bina tanpa PLAN kenapa RBL burung yang haNya punya tiang dan dinding dan atap perlu plan itu dan ini yang bukan makan belanja yang sedikit... ermmmmm KESIHAN MEREKA KAN?? KEPADA SIAPA MEREKA NAK MENGADU?? 

Apakah semua RBL dibandar-bandar macam di ALOR SETAR di dalam posting teman kita shiswift. blogspot com itu sudah diperiksa??? Bukan RBL itu saja yang ada malah beratus-ratus buah RBL di dalam bandarnya...SUDAHKAH MENDAPAT LESEN PREMIS??

Begitu juga segala RBL yang canggih-canggih di serata tempat di Kedah, Perak, Selangor, Johor dan lain-lainnya di lesenkan?? walaupun sekian lama masih banyak lagi pembinaan dibuat bukan kecik-kecik SEPERTI yang dibina oleh teman-teman kita..tetapi..lihat sahajalah...disekeliling anda.RBL DIMANA-MANAKAN??

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments