Gua Musang-Pesat Membangun.

Pintu masuknya stail terjun.. amat baik tetapi agak rendah.. mungkin lebih baik diletakkan ditingkat yang lebih tinggi?? atau mungkin sudah ada 2 pintu masuk? tempat menairk dan amat sesuai sekali.. tetapi agak panas.. perlkan lebih banyak humidifier barangkali untuk dapatkan suhu dan humiditi yang sesuai??

Pemiliknya siapa ya? terletak ditengah hutan yang luas, di kelilingi dengan kelapa sawit.. indah tersergam.. terletak diantara bandar Kuala Krai dan Gua Musang..tempat yang ideal untuk burung mencari makan.. tak perlu pulang kerumah yang berpuluh kilo..tidur ajer di sini.. bertuah mereka dan tuan rumahnyakan?

Terletak diatas bukit yang dikelilingi hutan belukar, ianya kelihatan tersergam.. besar dan cantik.. miliknya? mungkin seorang taukey ayam di Gua Musang? yang punya hotel Guo Hotel... Nice Pak Din tidur di situ semalam.. Berbangga Pak Din seorang Bumi dapat memiliki sebua hotel yang boleh jadi pesaing pada Hotel Fully Inn di tengah pekan Gua Musang.. Moga berjaya.. Semasa Pak Din di situ..ermmm ramai-tokey2 balak menginap??
Kedai-kedai lama yang telah ditinggalkan, terlalu jauh dari  pekan untuk dimajukan sebagai pusat perniagaan...kini dijadikan RBL..berderet-deret dengan 2 kompleks.

Setiap kali kita ke Gua Musang, kita akan dapat melihat pembangunannya yang amat pesat sekali... KENAPA?? pembangunan di segi apa? Pak Din rasa segalanya.. hotelnya, perumahannya.. kedai-kedainya.. tak lagi semacam dulu... Seperti yang Pak Din postkan terdahulu..

Dalam banyaknya pembangunan tak kurang pulapembangunan RBLnya yang semakin pesat..teruatama di tengah pekan  dan pekan lamanya..

Kedai-kedai lama yang terletak jauh sedikit dari pusat bandar kini semakin ditukar menjadi RL... ermmm mungkin tak lama lagi hotel-hotel juga akan bertukar menjadi hotel burung?? begitulah manusia diberi pemikiran.. boleh memilih untuk cepat kaya?? atau kaya kemudiannya..?? 

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments