Ganggu keselesaan penduduk


Saudara Pengarang,



SARANG burung walet yang dibina di atas bangunan menganggu ketenteraman awam dan kesihatan penduduk di bandar Jerantut.

Tidak dinafikan industri ternakan burung walet semakin mendapat permintaan tinggi sehingga mendorong beberapa pihak membina sarang burung di kawasan bandar.
Jika dilihat daripada segi keuntungan, sememangnya ia memberi pulangan lumayan kerana sarang burung itu memberi pelbagai khasiat kepada mereka yang memakannya.
Dengan pelbagai saiz dan warna, tidak mustahil harga yang dijual agak tinggi dan mengubah kehidupan pengusaha yang baru menceburi bidang tersebut.
Bagaimanapun, saya selaku salah seorang penduduk di Jerantut ingin meluahkan kebimbangan mengenai industri itu yang didapati menganggu ketenteraman dan kesihatan orang ramai di bandar daerah ini.
Sejak akhir-akhir ini didapati banyak tempat sarang burung walit dibina di atas bangunan kosong yang berpotensi untuk dijadikan tempat tinggal haiwan itu.
Bunyi bising daripada pembesar suara yang dipasang oleh pengusaha terbabit di bangunan tertentu menyebabkan para penduduk di bandar itu merasa tertekan dan sedikit terganggu kehidupan seharian sebelum ini.
Pembinaan sarang di bangunan tertentu yang dilihat tidak terkawal menyebabkan kalangan penduduk tidak menyenangi dengan keadaan itu.
Malah, perusahaan itu yang dilakukan tanpa kawalan menyebabkan berlakunya gangguan bunyi bising, pencemaran persekitaran dan turut menjejaskan kesihatan.
Letih juga rasanya setiap kali melihat keadaan luar rumah yang kotor dengan najis burung tersebut menyebabkan saya serta beberapa penduduk lain terpaksa membersihkannya setiap hari.
Tujuannya adalah bagi mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit terutama selesema burung.
Walaupun nampak remeh tetapi jika dibersihkan setiap hari akan menimbulkan kemarahan kalangan penduduk.
Saya memuji langkah Majlis Daerah Jerantut yang mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini daripada terus serius.
Tidak membenarkan pembinaan sarang burung walit di kawasan bandar dan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha yang gagal mematuhi perkara tertentu perlu diteruskan supaya masalah tersebut tidak berlarutan lagi.
Oleh itu, saya berharap supaya pihak berkuasa terus memantau perkara tersebut demi memastikan kesejahteraan dan kesihatan penduduk terpelihara.
Keuntungan boleh dicari tetapi ketenteraman adalah kehidupan paling baik yang dinikmati oleh masyarakat di sini.
Yusof Ismail
Jerantut

KOMEN:

Pak Din kurang pasti...betulkah apa yang dikatakan oleh orang ramai tentang najis burung ini yang mengotorkan premis di hadapan bangunan?? Cuba tengok betul2 adakah tahi burung layang-layang ini yang dibuang begitu banyak?? atau layang-layang lain.. Mengikut isteri Pak Din kebiasaanya burung layang-layang jenis "swallow" Yang hinggap didepan rumah yang punya tempat sesuai untuk bertenggek yang membuat tahinya.. biasanya di awal atau hujung tahun banyak sekali di bandar-bandar tak terkecuali bandar Jerantut ini..KESIHAN SI LAYANG-LAYANG GUA INI SELALU DIPERSALAHKAN.. SETAHU PAK DIN BURUNG INI HANYA MEMBUANG AIR BESARNYA DI DALAM RUMAH... PLEASE SESIAPA DARI UNIVERSITI KA JABATAN HAIWAN KA..BUATLAH KAJIAN TENTANG PERKARA INI.. TAK BAIK TU MENUDUH GITU.. 

Kalau nak jadi peneraju dalam industri ini kenalah tahu perkara sebenar...??? Yang pasal pembesar suara tu Pak Din sokong buat apa dipasang kuat-kuat menghala ke rumah orang.. bukannya burung tu dengar gitu..mereka kan guna gelombang suara?? jadi usahalah cara bagaimana nak guna gelombang tu..Jabatan Haiwan, please kaji ler..nanti boleh juga semua orang pakai gitu. Nak Galakkan orang menceburi industri ini kenalah usaha sikit tolong pengusaha..bukan kerja nak kutip duit ajer..ish ish...\

Pihak berwajib napa tak nak kaji betulkah burung ini bawa penyakit?? kenapa tak tolong kaji terperinci..kalau nak galakan orang semua (setiap ruumah punya RBL) macam saranan TPM dulu masa pameran MAHA.. ?? Rasanya semua orang nak tahu jugakan? kut kut RBL yang kita bina kat atas bumbung rumah kita tu  bawa penyakit pula pada anak bini sendiri... ermmm

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments