Dari Padang Tengku ke Tembeling-Antara Gergasi dan Pygmy. Siapa Yang akan Mendahului???

Jika anda dalam perjalanan ke ferry Taman Negara anda mungkin berpeluan melihat RBL ini di sebelah kanan jalannya.. sedang dibina


Sepanjang perjalanan Pak Din dan isteri semalam melalui Padang Tengku ke Tembeling...kelihatannya hutan/hutan belukar serta kebun-kebun getah...tiada RBL yang kelihatan di sepanjang perjalanan.. sayang sekali. Biasanya begitulah.. bila kita melalui kawasan yang tiada RBL kita boleh simpulkan ianya pasti kawasan kaum bumi kita.. tetapi bila saja kita menjumpai RBL kita sudah boleh mengagak kaum bukan bumi sudah ada di situ.

Lihat sahaja RBL di atas, disepanjang perjalanan ke Jerantut tiada RBL yang kelihatan..tetapi di sini sebuah RBL bersaiz GIANT SEDANG DIBINA di tepi jalan dan atas bukit.. tersergam..dengan keluasan 30x100'(lebih)x 3 tingkat?? begitulah sekali pandang.. dan kemudiannya sebelum sampai ke simpang Jerantut-Kuantan sebuah RBL pygmy bersaiz 20x20'x20' yang telah lama beroperasi... ERMMM SIAPA BAKAL MENDAHULUI?/yang giant atau pygmy? Pada Pak Din tentunya yang pygmy sebab ialah PIONEER..dan burung tak memilih besar atau kecilnya RBL..asal mana yang dahulu..disitulah mereka akan menetap..

Jadi jangan risau bila RBL kita cuma sekecil RBL ini yang berwarna biru.. comel dan tentunya suah pun punya hasil??? Pemiliknya mungkin seorang mechanic TNB?  SIAPA?  orang kita?? ya kata seorang teman yang menalipon pak din hari ini...peminat setia blog ini sejak beberapa tahun?? ALHAMDULLILAH ..bila di tanya dah banyak hasilnya? katanya masih perlukan banyak penambahbaikan..mungkin baru beroperasi? Nasihat Pak Din mungkin boleh ditinggikan pintumasuknya? Halakan kekawasan lapang..kerana buat masa ini jangkaan Pak Din pintunya menghala kehutan.. banyak gangguan pada pancaran bunyinya.. Jika masih tak berhasil, tukar pula bunyinya mungkin kurang sesuai.. SELAMAT MENCUBA..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments