Anak-anak Yang Nakal - Jenerasi Muda


Anak yang baru menetas, matanya masih lagi buta.tetapi pendengarannya tidak. Seperti anak kecil yang baru lahir..ianya amat "vulnerable" kepada sebarang gangguan daru musuh-musuh yang bermacam.. lipas, semut, kongkiak atau yang lebih besar burung hantu dan helang..Jika kita tidak menguruskan RBL kita dengan baik..sarang yang punya anak ini mungkin dimakan lipas, cicak dan semut...apa bakal jadi pada si anak??? jatuh kebawahkan?? kalau dah jatuh?? tentu matikan??Apa akan jadi pada ibu dan ayahnya? frustkan? tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalangnya?? kalau dah selalu tentu sau hari mereka berpindah mencari tempat yang lebih selamatkan?? SIAPA YANG RUGI??
Dua anak kecil ini terpaksa berkongsi sarang untuk sama-sama berehat. Sudah membesar pun. Tentu seminggu dua lagi sudah boleh terbang.. Sekarang mereka masih muda menunggu disuapkan ulat-ulat atau serangga kecil yang akan dibawa balik oleh ibu dan ayah...tentunya berebut untuk mendapat sebanyak mungkin tiada belas kesihan antara satu sama lain..Untuk hidup mereka terpaksa bersaing.. Jika makanan dapat ditangkap di kawasan berdekatan tentunya cepat dibawa balik..dan anak-anak dapat makan secukupnya kerana ibu dan ayah sama-sama tolong menolong mencari sesuap makanan untuk anak-anak..bertuah si anakkan?? Itu pun jika bernasib baik.. Kalau ibu dan ayah ditangkap musuh, siapa akan mencari makan untuk mereka??
Ini merupakan jenerasi muda yang sering anda lihat dalam sesebuah RBL .Beginilah keadaan anak-anak muda yang baru "dilahirkan" .Apabila sudah penuh bulu ia akan terbang dan meninggalkan sarang.Ya....di masa beginilah dibolehkan kita menguitp sarang .. bukan ada yang akan melarang jika kita melakukan sebelumnya.. tetapi siapa yang akan rugi?? Tiada "peri kemanusiaan" bermakna kita akan rugi kerana burung di rumah kita tak dapat bertambah kerana pembiakan gagal dilakukan. .....perlu diingat jangan ambil sarang ketika anak masih didalam. Kejam..!!!mengapa ?...satu kekejaman pada satu kehidupan di alam maya.. Dulu mereka dilindungi oleh sebuah Akta tapi kini?? tidak lagi..siapa yang bakal melindungi mereka?? tuan-puan sendiri!!!. . 

Setelah matang anak-anak bagini lah akan menziarahi dan bakal mendiami rumah-rumah RBL baru...Inilah peluang-peluang RBL baru yg berjiran dengan  RBL lama. didiami penghuni baru. JIKA PUNYA REZEKI DAN RUMAH KITA LEBIH BAIK DARI RBL LAMA TERSEBUT..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments