Teman Dari Johor..Terima Kasih Kerana Menghantar Gambar-gambar Ini


Ermmm.. tempatnya menarik sekali.. semuanya ada di sini.. kawasan pertanian, kawasan lapang, kawasan tinggi sedikit dari sekitarnya.. Apa lagi yang kita nakkan?? Kawasan berair/sungai...Tempat yang ideal bagi burung layang-layang gua ini.  Apa lagi yang mereka mahukan?? tentunya sebuah rumah bagi mereka tinggalkan??

Harap-harapnya di sini tiada RBL lain yang berhampiran?? Kawasan ini khabarnya terletak di Sedenak...ermmm Pak Din belum pernah dengar tentang kawasan ini..tetapi kata tuan yang empunya tanah ini dekat dengan Batu Pahat, Johor?? 

Begitu banyak RBL di Batu Pahat, Johor ini.. tentunya jika di bina di Batu Pahat, tentunya akan sedikit lambat untuk RBL kita mencapai kejayaan.. tetapi jika kawasan ini terletak di kawasan yang jauh..ermmm tentunya burung-burung di sini akan mencari makanan di kawasan RBL anda kelak..Insha Allah

Pak Din mengucapkan terima kasih kepada teman yang empunya gambar-gambar ini..moga tidak keberatan berkongsi dengan teman-teman lain di blog ini..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments