Tahniah Buat Pemilik RBL Di Ulu Bernam..

Alhamdullilah.. petang tadi Pak Din menerima panggilan dari teman kita usahawan baru di ULU BERNAM.. menyatakan berita gembira dan cemas.. 

Gembiranya..RBLnya sudah banyak didiami burung dan lebih dari 30 biji sarang telah siap dibina..Anak-anak juga sudah mula kelihatan.. ALHAMDULLILAH..syukur Pak Din mendengarnya..bertuah sipengusahanya.. mungkin di akhir tahun ini bolehlah dimulakan pengutipan sarangnya... JAGALAH DAN LINDUNGILAH BURUNG-BURUNG DAN SARANG-SARANGNYA DARI LIPAS DAN CICAK..DISAMPING LAIN-LAIN PREDATORS..

Cemasnya pula.. rumahnya (Mungkin monkey housenya) dimasuki burung helang.. belum mengganggu tetapi kelak akan menakutkan burung-burung yang ada di dalamnya.. Nasihat isteri Pak Din.. lapurkan kepada pihak Jabatan PERHILITAN untukt Tembak halau??? atau buatkan satu lapisan BRC bersaiz 4'x4' didepan pintu supaya burung-burung helang tersebut tidak dapat masuk.. kebiasaannya burung helang tidak akan masuk kedalam rumah kerana terlalu gelap bagi mereka.. tetapi kehadiran mereka boleh menakutkan burung layang-layang yang agak vulnerable.. 

Jika dapat diusahakan untuk menangkap..pastikan ianya dilapurkan kepada Jabatan PERHILITAN terlebih dulu..kerana burung helang diperlindungi sepenuhnya di dalam AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010. Dendanya terlalu tinggi jika disabitkan kesalahannya.. 

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments