Sebuah RBL Di Bangas, Segamat


Semasa dalam perjalanan ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Kijang, Bangas, Segamat lebih kurang 25km dari Segamat terpandang akan sebuah RBL di sini.. Diperbuat dari batu bata dengan saiz lebih kurang 20'x30x3 tingkat, ianya merupakan sebuah RBL kos sederhana.

Apa yang menarik di sini ialah ia merupakan sebuah kawasan pertanian yang di tanami dengan pelbagai tanaman, di samping kelapa sawit dan getah. Di lihat sebagai perkampungan Melayu tetapi di samping pusat konservasi kijang milik Jabatan PERHILITAN yang dibuka sekitar awal tahun 2000'an, terdapat pelbagai projek lain di pendalamannya.. seperti ternakan ayam, lembu, kilang kelapa sawit, institut pengajian islam dan sebagainya lagi..

Yang menariknya ketika makan goreng pisang panas dan air teh ais di "junction" masuk ke tempat ini kelihatnnya banyak burung layang-layang di sini walau pun masa ketika itu masih jam 2.00 petang. Bila memandu kedalamnya..tak hairanlah bila terdapat sebuah RBL di sini..Alhamdullilah di sepanjang perjalanan dari Muazam Shah hingga ke sini tiada sebuah pun RBL yang kelihatan.. MILIK SIAPAKAH IA? Harap-harap ianya milik kaum bumi kita... Didoakan kejayaan buat pemiliknya..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments