RBL Changlun, Kedah



RBL terbaru ini telah 20-30% siap...dimulakan 2 minggu lepas, ianya sedikit lambat dek kerana masalah pekerja yang terlalu demanding sekarang..masing-masing mahukan harga upah yang lebih.. Pak Din terpaksa kehulu kehilir mencari pekerja yang bersesuaian..Alhamdulilah setelah penat mencari.. kini pembinaan berjalan lancar.. Begitulah bukannya senang untuk mengekalkan memberi servis yang lebih murah dari harga pasaran dalam pembinaan RBL ini.. Harapan Pak Din harga yang Pak Din berikan dapat dikekalkan ... mungkin akan dinaikkan sedikit apabila harga dan upah semakin meningkat dek kerana inflasi yang mungkin meningkat seperti yang diramalkan oleh para  ekonomis...sekarang..

RBL bersaiz 20'x30'x30' ini  terletak di Changlon, Kedah berhampiran sempadan Thailand. Di dalam kebun getah, dulunya didapati amat banyak burung yang datang apabila dipanggil.. Pemilik di sini merupakan seorang pioneer ..insha Allah dengan usaha dan doa..kejayaan bakal menjadi miliknya..

RBL ini dibina dengan harga sederhana tinggi dengan dalamannya diperbuat dengan concrete berbentuk L seperti di Tobiar 2, atas permintaan pemiliknya.. Papan-papan pembiakannya bergantung kepada kos yang diletakkan tetapi dijangka lebih dari 1 kilo sarang jika perlu kelak.. Walaubagaimana pun RBL ini boleh dipertingkatkan pembiakannya bila sudah hampir penuh dengan menambah papan-papannya. Yang penting sekarang ialah burung cepat masuk dan bermalam, seterusnya cepat membiak..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments