RBL Berkos sederhana/Tinggi di Perjalanan dari Endau ke Rompin


Waktu tengahari 18 Januari 2011 yang lepas isteri pak Din telah bertolak dari Jemaluang ke Bangas, Segamat melalui bandar Mersing, Endau, Rompin dan seterusnya meuju ke Kuantan. Kemudiannya mengambil jalan potong melalui kawasan kampung menghala ke Muazam Shah, melalui Bukit Ibam...

Satu perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang 2-3 jam. Antara hujan-hujan renyai dan panas dan mendung... banyak juga rumah-rumah burung yang diperhatikan disepanjang perjalanan. Dengan kepelbagain bentuk dan design..terdiri dari rumah berkos sederhana tinggi ke kos tinggi dengan pelbagai saiznya..

Rata-rata ianya dimuliki oleh pengusaha Cina.. mungkin satu duanya milik kaum bumis. lebih kecil dan sederhana harganya.. dibina di belakan rumah yang sedia di duduki.. Alhamdullilah ... syukur juga ada yang sudah punya kesedaran.. maaflah sebab rumah-rumah tersebut tak dapat dirakamkam kerana kenderaan bergerak laju untuk cepat sampai di destinasi yang dituju..

Lokasi disepanjang perjalanan terdiri daripada kawasan pertanian dan diselangi dengan kawasan hutan paya "melaleuca"  dan tanah lapang.. amat bersesuaian untuk dijadikan lokasi pembinaan RBL..



Di kawasan yang didiami oleh penduduk bumis... kelihatanya agak ketara kerana di sini tiada RBL-RBL yang dibina..mungkin juga tida kesedaran dikalangan penduduk..atau masih belum cukup budget untuk membina.. Mungkin di satu hari akan ada anak-anak yang telah berjaya mendapat kerjaya yang bagus di bandar-bandar pulang melabur dikampung-kampung seperti yang berlaku di Kelantan dan Kedah..

Mari kita doakan supaya ini mejadi kenyataan di satu hari nanti..


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments