Musim Menuai Telah Bermula….. Masa Pembiakan dan Pembesaran Anak-anak Burung.

Musim Menuai Telah Bermula….. Masa Pembiakan dan Pembesaran Anak-anak Burung...BERMULA?

Begitulah musim saling berganti musim.. RBL-RBL yang telah siap dibina telah berada di dalam pelbagaai peringkat.. Pak Din bersyukur kerana bagi rumah-rumah yang telah menampakkan kejayaan walau sedikit.. yang pasti sudah ada yang menampakkan kejayaan.. Jangan putus asa..jika yang belum berjaya, banyakkan bersabar..dan banyakkan doa dan berusahalah jangan berhenti dan menyalahkan orang lain.. Ingatlah rexeki masing-masing adalah kurniaan Yang Maha Kuasa..

Di utara, musim menuai kembali lagi..walaupun ramai yang sawah mereka ditenggelami air tempoh hari.. Alhamdullilah  ada yang masih mendapat rezeki dari usaha yang telah dijalankan.. Begitulah rezeki jika masih kita yang empunya..walau apa yang terjadi.. ianya tetap ada untuk kita...Begitulah juga dengan industri Rumah Burung inikan?? USAHA TANGGA KEJAYAAN..

Musim menuai menyediakan banyak makanan kepada burung-burung layang-layang ini.. Serangga-serangga yang bersembunyi dicelah-celah pokok padi yang biasanya melompat dari satu pokok ke pokok yang lain..tentunya dikejutkan dari kehidupan mereka yang selama 4-6 bulan itu aman damai.. terpaksa berterbangan di udara.. ermmm menjadi juadah buat burung-burung yang sentiasa menunggu peluang untuk menangkapnya.. 

Begitulah rezeki bagi SI BURUNG.. musim-musim begini bak musim kenduri buat mereka.. Apabila makanan banyak.. tentunya naluri mereka untuk membiak akan teruja.. dan di masa inilah RBL-RBL yang dekat dengan tempat ini akan mula dimasuki dan jika kita bernasib baik..ada akan terus tidur dan bermalam di sini.. Jika ini berlaku..INSHAALLAH..satu hari..ermmm PAK DIN DOAKAN..KEJAYAAN.. JIKA ITU SUDAH HAMPIR BERLAKU..PADA YANG MASIH BERHUTANG...CUBA-CUBALAH BAYARKAN YA?? HUTANG YANG TIDAK DIHALALKAN BAKAL DIBAWA KE AKHIRAT..

Lokasi :- Bukit Jenun,Pendang . Kedah

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments