MALINDO TAI - Operasi RBL Baru Di Changlun, Kedah. 2011 .

Tapak baru RBL milik seorang bakal usahawan burung layang-layang ini bakal diterokai dan bangunan 20'x30'x30' bakal dibina di sini.

Kawasan yang masih dikelilingi hutan ini terletak berhampiran sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan belukar ini milik seorang usahawan Bumiputera yang mendapat pembiayaan Bank Agro. Mulanya beliau bercadang untuk menternak kambing?? tetapi apabila bertemu dengan seorang pegawai bank Agro disini, beliau telah disarankan supaya menceburkan diri dalam industri  burung layang-layang ini. Mengikut pegawai tersebut.. industri ini lebih berpotensi daripada penternakan kambing, yang rata-rata pengusahanya mengalami kerugian.. Kenapa?? Pak Din pun kurang arif..tetapi ramai yang menyatakan kurang pemantauan dari pihak berwajib...ermmmm entahlah apa  pemantauan  yang dimaksudkan..

Pegawai bank tersebut telah mencadangkan pengusaha ini menghubungi Pak Din untuk berbincang tentang pembinaan RBL ini.. dari mana beliau mengetahui tentang penceburan Pak Din dalam bidang ini..tak tahulah.. Mungkin dari maklumat Blog ini?? Alhamdullilah jika ianya betul..ADA JUGA MENAFAATNYA KITA BERKONGSI ILMU DI SINI. Apa pun Pak Din berharap dan berdoa semoga usaha Pak Din dan pengusaha ini bakal menempuh kejayan..INSHAALAH.

Kawasan ini telah Pak Din test tentng kehadiran burungnya.. Alhamdullilah banyak sekali .. Menjadi seorang PIONEER di sini.. memungkinkan RBL ini mendapat kejayaan yang lebih CEPAT??? begitulah harapan semua yang menceburi bidang ini..Walaubagimana pun ciri-ciri keselamatan perlu diberi telitian yang lebih.. kerana lokasinya yang agak jauh dari penempatan..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments