Kosep Terjun Juga boleh Jadi Pilihan Si Burung...


Konsep terjun ini biasanya digunakan di kawasan yang padat dengan bangunan atau juga di kawasan yang punya pokok yang tingi-tinggi. Ia tidak memerlukan pokok disekelilig ditebang. Kenapa ia digunakan oleh sesetengah orang?? Di setengah tempat bila mana burung-burungnya belum biasa masuk dengan cara ini... rumah tersebut lambat dimasuki burung.

Bagi kawasan-kawasan bandar yang penuh dengan bangunan tinggi dan terlalu banyak rumah burung disekeliling..cara ini mungkin lebih cepat berjaya..Konsep ini memberikan ruangan yang lebih luas untuk burung terbang dan masuk  kedalamnya tanpa gangguan.Predators seperti burung hantu juga susah untuk memasukinya kerana cara terbangnya kurang memberi peluang mereka untuk terjun kedalamnya. 

Setiap yang bernyawa akan sentiasa berhati-hati untuk melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri..Begitu jugalah si burung hantu.. Burung helang boleh mencari makanan melalui gaya terjun tetapi mereka tidak akan masuk inshaAllah kerana suasa di dalam yang gelap akan mengelakkan mereka dari masuk ke dalam.

Di bandar-bandar onsept ini membantu dalam menarik burung dengan lebih senang. Pancaran suara akan menghala terus kelangit luas, berbanding dengan pintu masuk di sisi/tepi.. pantulan suara akan berlaku dan panggilannya tidak pergi jauh. Bunyi yang bagus dan sesuai dengan tempat akan mrnarik burung datang dengan lebih baik, dan rumah kita lebih senang dipilih oleh si burung untuk masuk dan tinggal di dalamnya.

Walabagaimana pun berhati-hati bila memilih untuk membuat pintu masuk sebegini  kerna dalaman rumah akan terdedah kepada hujan dan kelembapan yang berlebihan jika tidak dibuat dengan teliti..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments