Khabarnya D FELDA Chiku- Gua Muasang Ada Usahawan 3 bulan RBL- 1 kilo



Minggu lepas Pak Din ke Kelantan untuk menghantar pekerja ke tapak pembinaan RBL di Kota Baru, menyambung kerja-kerja yang terbengkalai dek kerana hujan dan banjir tempoh hari... Dalam perjalanan Pak Din bertemu seorang peminat industri burung layang-layang ini yang telah sekian lama ingin bertemu..

Cadangan Pak Din melawat tempat dan tapak RBL beliau tetapi apakan daya masa tidak mengizinkan..kami bertemu di perjalanan Pak Din ke Kota Baru.. beliau membawa gambar lokasi...ermmm terima kasih dan diharap tidak keberatan untuk berkongsi dengan teman-teman lain.. Pak Din paparkan di sini..

Lokasinya di  Gua Musang Kelantan.. satu lokasi yang menarik.. dan masih tidak ramai kaum kita yang menceburi bidang ini di sini dan kaum Cina juga masih baru berjinak-jinak di sini.. Syabas..

Walaubagaimana pun di kawasan berhampiran sekitar 10-20 kilometer di Felda Chiku terdapat seorang usahawan yang telah membina RBL BELIAU DISINI.. DALAM MASA 3 BULA beliau telah pun dapat mengutip 1 kilo sarang... ermmm bagus ka???

Mengikut cerita dari isteri Pak Din yang kerap berkerja di situ dalam tahun 1980-1990'an lokasinya amat menarik. terletak tidak jauh dari kawasan Taman Negara Kelantan dari pintu masuk di Kuala Koh... tentunya kawasan mencari makanan bagi burung layang-layang yang tinggal berhampiran. Jauhnya dari tempak/lubuk emas putih ini di Kuala Kerai ialah 1 jam perjalanan dengan kereta...melalui jalan..tetapi bagi burung tentunya kurang dari itu..???

Pak Din bersyukur sudah ada kaum kita yang telah mengikuti industri ini dan berharap akan lebih ramai yang akan menaruh minat kearah itu kerana di Gua Musang tak ramai lagi yang berkecimpung.. ermm ALHAMDULLILAH.. KITA SAMA-SAMA MENCUBANYA.. DOAKAN KEJAYAAN KITA BERSAMA..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments