JANGAN MUDAH PERCAYA - KEUNTUNGAN BUKAN DATANG DENGAN MUDAH DAN CEPAT

Apa pun kita perlu beringat !!...keuntungan dan kejayaan bukan datang dengan sekelip mata.Berusahalah dan selalu beringat dan berdoa agar segala yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Harspan Pak Din agar kita sebagai usahawan dalam Industri Burung ini (RBL) tidak tertipu. Dapatkan sebanyak Info yang boleh. Jangan malu bertanya.... Mengapa ini belaku pada bangsa kita?...salah siapa?...mengapa?..kurang Info?...mudah percaya?...cepat nak dapat keuntungan?...jadikan berita ini sebagai ikhtibar & panduan.

PETIKAN HARIAN METRO 3/01/2011
35 peserta tanaman serai ditipu penganjur

KUALA KUBU BHARU: Seramai 35 peserta di kawasan Felda Sungai Tengi yang menyertai projek tanaman serai berkelompok mendakwa kerugian antara RM5,000 hingga RM30,000 selepas syarikat yang menganjurkan tanaman itu menghilangkan diri sejak beberapa bulan lalu.

Seorang peserta, Mohamad Diah Hamidon, 31, berkata, dia kerugian RM15,000 setelah menyertai projek itu sejak awal tahun ini dan masih gagal mendapatkan semula wang dibelanjakan itu.

“Saya dan rakan lain kecewa selepas diperdayakan seorang lelaki anak tempatan di kawasan Felda ini apabila gagal menyatakan status sebenar pelaburan syarikat yang menganjurkan tanaman itu,” katanya.
“Kami mendapat tahu pemilik syarikat itu sudah melarikan diri bersama wang pelaburan peserta ke Kelantan sejak beberapa bulan lalu,” katanya, semalam.

Beliau berkata, dia bersama peserta lain turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kuala Kubu Bharu pada 16 Oktober lalu, namun masih berharap kes ini dapat disiasat segera.
Katanya, dia tertarik menyertai skim pelaburan itu apabila dijanjikan pulangan serta keuntungan melebihi RM80,000 untuk sekali pelaburan.

Seorang mangsa lain, Rizal Kasmu, 26, berkata, dia telah mengeluarkan mo
dal RM10,000 untuk tujuan itu dan dijanjikan pulangan mencecah RM68,000 mengikut hasil tuaian.

** Moog  Allah pelihara kita dari hasutan hasat dengki dan ditindas.***


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments