Hening Pagi Di Bandar Mersing...

Bandar Mersing agak sunyi dari bunyi-bunyi burung layang-layang di waktu pagi dan petang.. walaubagaimana pun kelihatan juga beberapa buah RBL di sepanjang perjalanan (sipi) dari Jemaluang ke Mersing dan ke Endau..

Pada hari Isnin lepas 17 Januari 2011 semasa melepasi bandar Kluang terdapat beberapa buah RBL yang berkos sederhana, bersebelahan dengan rumah yang pemiliknya kaum bumi.. Alhamdullilah di antara rumah-rumah besar milik kaum Cina, ada juga RBL milik kaum bumiputera.

Di Bandar Mersing, rata-rata pemilik RBLnya adalah dari kaum non-bumis.. kelihatannya masih baru dibina di atas bangunan sedia ada, supermarket dan kedai-kedai..

Mungkin satu hari akan ada juga RBL milik bumis di sini.. didoakan akan ada kesedarannya kelak..

INSHA ALLAH DI SATU HARI.. KERANA berhampiran dengan bandar Mersing.. terdapat sebuah pulau.. PULAU TINGGI.. dulunya didiami oleh begitu banyak burung layang-layang di gua-gua. 


Pada akhir tahun 1990'an dulu isteri Pak Din pernah menjelajahi kawasan-kawasan gua di Pulau Tinggi, dan pulau-pulau disekitarnya yang tinggal cuma bekas-bekas sarang burung layang-layang ini yang telah diambil sebelum sempat ianya disiapkan.. Maklumlah masing-masing berlumba-lumba untuk mendapatkan sarangnya untuk dijual.. KESIHAN SI BURUNG BELUM PERNAH DAPAT MEMBIAK...agaknya itulah menyebabkan mereka berpindah ke tanah besar mencari rumah baru.. untuk tinggal dan membiak..

Isteri Pak Din ketika itu pernah mencadangkan orang kampung di pulau berkenaan membina RBL mereka secara berkooperasi.. tetapi hingga kini rasanya belum ada yang mencubanya.. Tok Mok.. ketua kampung di situ dan pemilik bot yang isteri Pak Din sewa... pernah diberi penerangan dan cadangan... ermmm entahlah apa yang jadi selepas itu sebab dah lama tak berkunjung ke sana..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments