Cantikkan RBL Ini...


Ermmm.... macam kotak mainan budak-budak RBL ini. Di depannya dihiasi dengan kepelbagaian warna yang menarik.. bagi menghilangkan rasa seperti rumah "hantu" yang seringkali dikaitkan dengan RBL.Menarik sekali.. maaflah gambarnya kurang cantik kerana dambil oleh isteri Pak Din dengan hanya menggunakan handphone..dopod  ketika dalam perjalanan  beliau dengan kelajuan 100km/jam dari Mersing ke Rompin  petang tadi..

Warna-warna ini dapat menjadi camouflage bagi mengelakkan dari pihak-pihak tertentu mengenali bangunan ini sebagai RBL. Juga mungkin boleh menyenangkan burung mengenali RBL mereka??? Mungkin juga kan?? Jika mereka tidak "colour-blind"..hahaha.

Tingkap-tingkap yang dibuat disekeliling bangunan boleh memberikan "ventilation" pada RBL tersebut dan memberikan suasana yang lebih sejuk dan aman bagi penghuninya... Wallualam.

Jika dilihat dari saiz bangunannya dan pembuatannya..ianya tentunya milik seorang usahawan China.. walaupun ianya terletak di kawasan perkampungan/ladang kelapa sawit.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments