Apakah Rumah Kayu Boleh Dijadikan Rumah Burung Layang-layang??


 Pertanyaan bolehkah rumah kampung (rumah kayu) dijadikan sebuah RBL?? Ermmm burung layang-layang tidak pernah meminta sebuah rumah yang begini atau begitu untuk mereka diami..

Tidak kira rumah yang dibina itu dalam bentuk apa, kecil atau besar, tinggi atau rendah, batu atau kayu..asalkan dalamannya menyenangkan dan punya ciri-ciri yang digemari burung layang-layang ini RUMAH ITU PASTI DI DIAMI OLEH MEREKA..

Lokasi rumah burung kita memainkann 
peranan yang penting juga untuk dipilih oleh burung-burung ini.. Rumah ini punya keluasan 45'x25' dengan ketinggian setingkat. mungkin 15-20' tinggi??

Untuk lebih berkesan bagi kemasukkan burung, pintu masuknya perlu ditinggikan dengan membuat "monkey house" jika kawasan sekelilingnya dikelilingi banyak pokok. kerana ini mungkin akan menghalang pancaran suara burung yang kita akan mainkan untuk memanggil.. kerana akan ada pantulan suara, menyebabkan panggilan tidak pergi jauh dan burung tidak dapat mendengar suara tersebut.


Keadaan Dalaman rumah juga memainkan peranan dalam menarik burung masuk.. warna yang terang sebegini mungkin akan menampakkan RBL ini sedikit terang.. walaupun ia tidak memainkan peranan yang besar..tetapi bagi keselesaan warna gelap diperlukan bagi keselesaan mereka..

Rumah ini agak terang jika semua pintunya di utup sebab ianya ketiadaan siling.. jadi ianya perlu dipasang, bukan sahaja utk menggelapkan tetapi juga bagi mengelakkan dari kemasukkan cicak, tikus, lipas dan mungkin juga musang/kucing.. Semua pintu dan tingkap perlu ditutup dan lapisan dinding juga perlu di liputi dengan sesuatu yang dapat mengurangkan kemasukkan cahaya dan "heat" dan mengelakkan dari panas.

Rumah ini mungkin boleh disejukkan dengan sedikit pengubahsuaian. lantainya juga perlu dilapikkan dengan tikar getah mungkin?? untuk mengelak dari reput akibat penggunaan mesin kabus kelak. Pembersihan najis kelak lebih senang dengan adanya lantai tikar getah.Apa yang perlu lagi ialah pemasangan papan pembiakan yang bersesuaian.

Dengan sistem bunyi yang bersesuaian.. Insha Allah rumah ini sudah boleh menjadi sebuah RBL yang berjaya.. SELAMAT MENCUBA BAGI PEMILIK RUMAH INI..DAN terima kasih kerana berkongsi gambar dengan Pak Din.. dan moga tidak keberatan berkongsi gambar-gambar ini dengan teman-teman yang lain..



Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments