Peralatan Plastik Yang Berada Di Pasaran Untuk Merekabentuk Semula Sarang


Berikut adalah contoh peralatan plastik yang digunakan untuk membentuk semula sarang burung yang telah dibersihkan dari bulu dan segala kotoran yang melekat pada sarang yang dikutip. 

Saraang yang dikutip kini direndam dengan air bersih (suling?) untuk menanggalkan struktur asing di dalamnya seperti bulu burung terutama bagi sarang yang dikutip di dalam RBL yang tidak di urus dengan baik. Contohnya RBL yang didalamnya terlalu kering akan menyebabkan sarang yang dihasilkan penuh dengan bulu yang terlekat pada air liur yang cepat kering. oleh kerana sarang burung dibentuk menggunakan paruhnya dari satu hujung kehujung lagi satu.. air liur yang mengering menjadi seperti "strand" agar-agar. Apabila direndam dengan air.. ianya akan :bercerai antara satu dengan lain dan menjadi atu jaluran panjang.. yang diperlu dibentuk semula selepas dibersihkan.

Oleh sebab itulah bentuk-bentuk plastik ini diperlukan untuk membentuk semula. Cara ini juga menyebabkan sesetengah orang menggunakan benda asing bagi dicantumkan semula dengan sarang tersebut dan jika kita tidak perihatin..kita mungkin tertipu bila membelinya.. Sesetengah orang juga menggunakan "hydrogen peroxide" untuk memutihkannya dari kotoran..jadi hati-hati apabila membeli sarang burung..jangan hanya memilih yang putih "melepak' kerana ia mungkin dibersihkan menggunakan bahan kimia yang merbahaya dan boleh menyebabkan barah.

Pada tahun 1997 dulu isteri pak Din pernah menghadiri satu bengkel sarang burung layang-layang yang dianjurkan di Surabaya, Indonesia oleh pihak CITES (CONVENTION ON INTERNATIONAL TRADE OF ENDANGERED SPECIES). Di sana pihak pengusaha industri itu hanya menggunakan air bagi mengeluarkan bulu burung tanpa merendamkannya kedalam air dan rupabentuk sarang masih berada di dalam keadaan asal.. Tiada bahan kimia digunakan untuk memutihkannya..

Zaman kini makin "canggih" dan segala yang dihasilkan diubahsuai..KONON UNTUK mendapat hasil dan pulangan yang lebih baik.. penipuan juga berleluasa untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda.. ERMMM kesihatan umat sejagat tidak lagi menjadi satu kepentingan kepada manusia..

Mungkinkah di satu masa tanpa kawalan dari pihak-pihak tertentu.."berwajib" industri ini akan dijalankan tanpa kawalan dan panduan?? tiada kajian dan kawalan dari pihak berkuasa yang tidak punya kepentingan diri dijalankan..dan baru-baru ini Pak Din juga mendengar pihak-pihak tertentu cuba menjadikan satu 'kemestian" untuk membersihkan sarang mesti menggunakan satu jenis bahan kimia yang merbahaya dan mengakibatkan barah kepada manusia..

MUNGKINKAH DI SATU HARI.. SARANG BURUNG BUKAN LAGI BERKHASIAT TETAPI MEMBAHAYAKAN??? TEPUK DADA TANYA SELERA!!!

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments