Pengunjung didedah potensi industri sarang burung walit

2010/11/27

SERDANG: Orang ramai yang mengunjungi Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di sini, semalam, berpeluang mendekati industri burung walit yang juga industri baru bernilai tinggi dengan harga sarangnya bagi setiap kilogram boleh mencecah ribuan ringgit. 

Lebih menarik, pengunjung juga boleh melihat gambaran lebih jelas mengenai industri sarang burung walit yang kali pertama menyertai itu, termasuk menyaksikan rumah model ternakannya pada pameran yang berlangsung sehingga 5 Disember ini.


Penyelaras pameran ternakan di pameran itu yang juga Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dr Kamarudin Md Isa, berkata tarikan berkenaan penting kerana pengeluaran sarang burung walit kini menjadi industri baru yang bernilai tinggi.
“Industri sarang burung walit berpotensi besar, malah sarang mentahnya boleh mencecah nilai RM4,000 hingga RM5,000 sekilogram dalam pasaran tempatan," katanya ketika ditemui pada hari pertama pameran itu semalam. 

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata kerajaan negeri membuka peluang kepada 120 usahawan negeri itu bagi menggerakkan Laman Pavilion Pahang di pameran berkenaan. 

Katanya, peluang berkenaan terbuka kepada usahawan yang bersedia berkecimpung dan menggerakkan secara kekal laman berkenaan. 

“Ia juga diberikan selaras mempromosikan industri kecil dan sederhana tempatan (IKS) membabitkan pelbagai produk makanan seperti madu, kerepek, nangka, halwa dan jem,” katanya selepas melancarkan Laman Pavilion Pahang. 



Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments