Nasihat Pak Din...Untuk Kali yang Keberapa??

Dulu.. salah seorang pemilik RBL yang Pak Din bina dan hampir GIVE UP  menalipon Pak Din semula setelah sekian lama berdiam diri.. Bukan apa... ada juga beliau menalipon tetapi.. MALAS PAK DIN NAK JAWAB...semasa rumah baru disiapkan..bermacam-macam komplain..itulah dan inilah..ERMMM last-last tu Pak Din pun MALAS NAK LAYAN.. Jika dah tak percaya dengan apa yang Pak Din sediakan...ermm Carilah orang lain untuk bantukan??

Bukan pak Din tak nak tolong..tetapi jika membina rumah burung dengan kos sederhana janganlah diminta sebuah rumah yang semacam ratusan ribu... SAMA-SAMALAH KITA MEMBANTU.. SESAMA SENDIRIKAN??

Sehari dua yang lepas seorang lagi pemilik RBl yang Pak Din bina menalipon salah seorang pekerja Pak Din.. bertanyakan kenapa BL beliau.. burung tak mahu tidur?? katanya RBL beliau telah diupah kontraktor lain untuk mengubahsuai RBLnya.. yang katanya tak sesuai sebab terlalu terang, lubang masuk tak betul, air tak ada, letrik tak masuk lah.. dan bermacam-macam lagi.. Sedangkan ketika itu burung sudah pun keluar masuk.. yang beliau masih tak faham-faham.. bukan kuasa sesiapa untuk burung masuk dan terus tak keluar-keluar lagi..dan kemudiannya mahukan burung terus bersarang.. ermmm orang baru kawin pun taklah terus dapat anakkan? jika tidak dikurniakan oleh Allah Taala..ada yang bunting pelamin, ada yang bertahun-tahun tak dikurniakan anak.. begitulah rezeki seseorang..

Macam posting-posting terdahulu..Pak Din selalu nasihatkan..apabila RBL sudah siap untuk memanggil burung dan telah mula beroperasi...bersabarlah menunggu..banyakkan solat dhuha dan berdoa supaya diberikan rezeki yang lebih cepat.. "MASUKKANLAH BURUNG KEDALAM RUMAH KITAKAN??? ERMMM" gangguan demi gangguan berterusan..akan membuatkan burung terbang ketempat lain...atau TAK MAHU masuk kedalam RBL kita..

Memandangkan niat Pak Din membantu..semalam Pak Din menjengah semula ke RBL tersebut..dan membantu menukar bunyi lain...dan burung terus masuk kedalam dan terus keluar masuk seperti kebiasaannya.. ALHAMDULLILAH.. HAHAHA Bukanlah Pak Din bomoh burung... tetapi itulah petunjuk Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.. JADI BERSABAR SEPARUH DARI IMAN.. DAN INGATLAH REZEKI ITU DARI DIA YANG MAHA KUASA..DAN INGATLAH BILA BERJANJI TUNAIKANLAH KERANA ITU BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA APA YANG KITA LAKUKAN...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments