Malang Masih Tidak Berbau...


ADUH.. malang masih tidak berbau.. sekembalinya Pak Din dari kenduri di Taiping, Perak pada 26 Disember 2010 Pak Din terus ke Arau, tetapi dipertengahan jalan ketika memandu dekat Napuh, di dalam kegelapan, tiba-tiba terlihat sebuah lori ayam melintang jalan..KIRANYA ingin membuat U-TURN tetapi tidak lepas sebab lorinya panjang... Ditinggalkan begitu sahaja tanpa PEMANDU...

Terkejut Pak Din kerana kereta yang Pak Din pandu sudah terlalu dekat untuk di brek....Pak Din terpaksa menarik brek tangan lagi.. kerana terlalu dekat Pak Din tidak dapat mengelak KE KANAN divider jalan, kekiri kereta lain  DI BELAKANG..sebuah lori treler sedang.....??? TIADA PILIHAN LAIN...dummmm..bonet kereta Pak Din terperosok ke bawah "bontot" lori.. DI FIKIRAN..TIADA LAIN..SAMBIL MENGUCAP..TERFIKIR..INIKAH AKHIRNYA KEHIDUPAN..KU????

Dalam keadaan separuh sedar..Pak Din mendengar deringan telephone.. sambil mencari-cari..deringan pun berhenti..Deringan kedua, ketiga..barulah Pak Din terjuma telefon, diangkat ..rupanya isteri Pak Din menalipon bertanya.. kenapa???  sebelumnya Pak telah menghantar sms dah sampai di Changlun.. dalam separa sedar..kepala masih bengong, tengkuk sedang sakit.. Pak Din memberitahu..PAK DIN KEMALANGAN.. TERKEJUT BESAR ISTERI PAK DIN.. SUDAH TIGA kali untuk bulan ini?? Pak Din kemalangan.. !!! APALAH MUSIBAHNYA??

ALHAMDULLILAH  walau kereta agak teruk Pak Din hanya mengalami "TERKEJUT" SAHAJA.. sampai di rumah.. setelah ke balai polis dan kereta ditarik ke POMEN..Pak Din dihantar pulang oleh driver POMEN..

Begitulah walau 3 kereta yang berlainan, accidentnya agak serius, Pak Din masih dapat bersyukur.. semuanya selamat..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments

Waletgroup said…
Syukur.. selamat. Alamdullillah