Apakah Sudah Tiba Masanya Pak Din Juga Membina RBL Berkos Tinggi???

Pak Din   sudah penat rasanya membuat kebajikan kepada industri ini.. Membina RBL dengan kos yang rendah tetapi akhirnya "kerugian".. bukan dalam semua pembinaan tetapi bagi sesetengah yang tidak berSYUKUR DENGAN apa yang diberikan/diterima..

Sejak tahun 2008 hingga sekarang Pak Din membantu orang "kita" membina RBL dengan kos yang rendah... dengan hanya sedikit keuntungan, itu pun dihabiskan juga denga pemantauan yang tidak berkesudahan.. hingga segala keuntungan yang sedikit juga akhirnya habis begitu saja..  yang ada cuma RASA KESYUKURAN USAHA YANG DICURAHKAN MEMBAWA SEDIKIT KEJAYAAN PADA PEMILIKNYA..ALHAMDULLILAH!! sehingga ada yang sudah mendapat pulangan yang lumayan..Pak Din masih ditahap yang sama..hehehe..masih memakai kereta yang buruk!! yang asyik ROSAK.. BEGITULAH rungutan dari si isteri yang setia membantu...ermmm.

Terdapat beberapa pemilik yang di awalnya bersetuju untuk syarat pembinaan yang diberi dan perjanjian yang dibuat mengikut kadar harga.. tetapi di akhirnya meminta bermacam-macam bagai nakkan SEBUAH  rumah yang bernilai ratusan ribu ringgit.. Di samping itu ada pula yang apabila sudah siap...hari-hari menalipon bertanyakan kenapa burung yang keluar masuk tak mahu tidur di dalamnya dan bila dah tidur mengomel pula kenapa tak mahu bersarang..bila dah bersarang komplEn lagi..kenapa sikit sangat...ermmm MANUSIA TAK PERNAH BERSYUKUR..itulah yang buatkan Pak Din letih...kesabaran juga TAK PERNAH ADA.. DAN USAHA SENDIRI JUGA KURANG.. Pembelajaran perlu sentiasa diteruskan bagi mendapat ILMU..

WALAUBAGAIMANA PUN Pak Din bersyukur..di antara ramai-ramai yang mengomel...ramai juga yang bersabar menunggu..dan meminta bantuan apabila terpaksa.. yang mengembirakan hati Pak Din pemilik-pemilik yang begini lebih cepat berjaya..sekejap saja APABILA RBL mereka dibuka dengan resminya.. burung pun masuk dan tidur di dalamnya...dalam masa 1-4 bulan.. ada yang sudah bersarang selepas itu.. BERITA PALING GEMBIRA PAK DIN IALAH BILA MENDAPAT PANGGILAN  TALIPON DARI TEMAN-TEMAN SEBEGINI YANG JARANG-JARANG MENALIPON.. KINI MEMBERITAHU.. BURUNG SUDAH TIDOR.. BURUNG KEMUDIAN MULA BERSARANG..ALANGKAH BAHAGIANYA PAK DIN MENDENGAR BERITA ITU..

ITULAH yang membuat Pak Din meneruskan usaha membantu teman-teman yang ingin membina RBL mereka..

NASIHAT PAK DIN JOMLAH KITA SESAMA MUHASABAH DIRI..TANYALAH PADA DIRI SENDIRI..KENAPA RUMAH BURUNG KITA KURANG BERJAYA ATAU LAMBAT DIMASUKI  BURUNG.. KENAPA?? KALAU KITA SUDAH BANYAK BERDOA, SOLAT, EVEN KE TAHAP MENJADI IMAM DI TEMPAT KITA.. TETAPI RBL KITA MASIH TIDAK BERJAYA?? TANYALAH DIRI SENDIRI KENAPA?? RBL ORANG YANG MASIH BARU SUDAH ADA YANG DITIDURI BURUNG..TETAPI KITA PUNYA??? KENAPA?? ADA HUTANG SESAMA MANUSIA..JANJI YANG BELUM DITUNAI?? ATAU APA??

INGATLAH REZEKI KITA DI TANGAN YANG MAHA ESA.. TETAPI IA BERGANTUNG APA YANG KITA BUAT DENGAN SESAMA MANUSIA..

Pengalaman Pak Din salah seorang teman yang meminta Pak Din bina RBL nya di pertengahan tahun 2008 dulu..telah berjaya mendapat burung membina sarang lebih dari 15 biji..tetapi dek kerana rasa tidak puas hati yang berterusan, RBLnya kerapkali diganggu dengan pembaikan yang berterusan yang mengganggu burung-burung yang telah mula bersarang.. kini ditinggalkan kerana burung telah merajuk kerana diganggu.. bayaran penambahbaikan juga enggan dibayar sepenuhnya..DAN DENGARNYA KINI BARU   MULA DIMASUKI  BURUNG KEMBALI..ALANGKAH RUGINYAKAN?? DAN BARU-BARU INI CONTACT SEMULA PAK DIN MINTA BANTUAN..ADAKAH BUNYI BARU YANG BOLEH DI"HADIAHKAN"PADANYA?? ERMMM DAH SERIK RASANYA MENOLONG...


Baru-baru ini juga Pak Din bina sebuah RBL milik seorang abang kepada teman lama Pak Din memohon beria-ia untuk membina rumah burungnya.. dengan harga yang amat rendah dengan saiz yang berukuran 20'x40'x 2 tingkat.. tetapi rumah disiapkan dengan harga yang ditetapkan, dijanjikan pula kos tambahan untuk plaster dinding yang sebelumnya dikatakan tak perlu sebab tak cukup kos..Sudah  disiapkan tetapi  BAKI BAYARANnya RM13K masih tidak dibayar..malahan diugut pula untuk dibuat lapuran polis...katanya lantai tak kukuh, rumah burung  masuk tetapi tak turun hingga kebawah, malahan rumah panas...MEMANGLAH ITU SEMUA PAK DIN TAK BUAT SEBAB APABILA DIHANTAR PEKERJA DIKATA TAK MAU BAYAR  BAKI DUITNYA ... bukan sikit.. takkan Pak Din nak keluarkan duit sendiri lagi..


Aduhhhh..beginikah manusia yang bergelar islam??  Sudahlah tidak berterima kasih, janji tidak ditunai..baki wangnya tidak mahu dibayar bukan sedikit.... untung kemana?? duit sendiri kemana??? Diugut lagi...ERMMM begitulah nasib Pak Din .. IKUTKAN HATI TAKKAN DIHALALKAN DUNIA AKHIRAT.. 

JADI PERCAYALAH..INDUSTRI INI BUKAN SAHAJA BERJAYA DISEBABKAN KITA PUNYA RBL YANG CANGGIH.. ATAU KITA BANYAK DUIT..TETAPI LEBIH KEPADA PEMBERIAN DARI YANG MAHA ESA..YANG MEMBERI PADA SESIAPA YANG DIA MAHUKAN.. JADI KITA PERLU MENJAGA HAK SESAMA MANUSIA DAN HAK ALLAH ..BARULAH KITA AKAN  DIKURNIAKAN KEJAYAAN YANG KITA IDAMKAN..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments

damak09 said…
salam,, Pak Din..

Biasalah... org ni, Mrk akan aspect lepas siap burung masuk..., padahal.... ingat Sapa punya kuasa tu.. dan Sapa punya Usaha.

Kepada semua pengusaha Rumah burung...Jadi.. berusaha dan bersabar lah.. insyallah ada hikmahnya.." saya teringat satu kata Jauhari.. apabila kita berhadapan dengan masalah.. masih ada kebaikan..ia itu. ia memberi peluang kepada kita untuk bersabar.., sekiranya tak ada masalah... kita tak tahu erti sabar.. Syukurlah.!