Tech- Zinklum Pada Dinding Panel & Bumbung

Menyingkap semula pertanyaan pembaca-pembaca blog dan client Pakdin . Tech-Zincklum sebagai dinding panel dan bumbung kedap haba adalah pratikal di mana-mana jua sekarang. Walau apapun banyak orang masih kurang yakin dan mempersoalkannya. Namum ianya telah terbukti berjaya. Sebenarnya dinding ini tebal dan disaluti dengan saduran anti karat, pvc polimer pada ketebalan tertentu dan serap bunyi. Malah haba kepanasan dalaman dan luaran dapat dikawal.

Seperti contoh kotak bekas isi ikan atau peti sejuk. Ianya mudah, ringkas dan cepat...memang banyak kelebihannya. Terutama dalam rekabentuk kawasan bangunan tinggi, sebagai tambahan pada bangunan - kerana ianya ringan dan bebanan bangunan yang bakal dibina tidaklah menjadi risko pada bangunan sedia ada (rujukan bidang kejuteraan). Begitu juga ianya dapat mengelak dari musuh-musuh spt binatang2 kecil daripada memanjat (tikus/ular/biawak/kera) dan mendekati sarang burung di dalamnya.

Jika dikira kosnya tidak banyak perbezaan dengan pembinaan bata ringan. Pada RBL.. yang penting sistem dalaman dan cara/teknik bagimana mengawal suhu 26 ke 29 darjah dan kelembapan bersama melodi suara yang terbaik. Apapun kita yang berusaha perlu pikir dan sentiasa berdaya inovasi dan bertanya pada yang lebih berpengalaman.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments