Selingan..

Dua Ibadah Besar Pada Bulan Zulhijjah


Salam kepada semua kawan seperjungan saya, mudah-mudahan Allah menjauhkan diri kita dari penyakit-penyakit hati dan sifat-sifat mazmumah. Korban memerlukan pengorbanan yang sangat besar semata-mata untuk memperolehi perkara yang diingini. Artikel kali ini saya nak berkongsi dengan kawan-kawan tentang ibadah korban yang sering dilakukan oleh umat Islam apabila menjelangnya Hari Raya Aidil Adha (Raya Haji). Saya ucapkan selamat membaca dan dapat menghayati segala isi yang saya sampaikan disini. Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog ini.

Pada bulan Zulhijah ini, ada dua perkara besar yang dianjurkan dalam Islam iaitu ibadat haji dan ibadat korban. Kedua-dua ibadah ini memerlukan pengorbanan khususnya dari segi perbelanjaan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Pengorbanan ini adalah semata-mata pengabdian kita kepada Allah SWT, sebagaimana firman Allah yang bermaksud :“Dan ingatlah Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Sebenarnya, ibadat ini juga bertujuan untuk mengukuhkan keimanan, ketaqwaan dan sifat tawaduk kita sebagai hamba kepada Allah. Ketahuilah melakukan amalan atau segala perkara yang diperintahkan dalam Islam tidak akan merugikan kita. Sebaliknya kita dijanjikan dengan kebaikan, keberkatan, rahmat dan ganjaran pahala di sisi Allah.

Selain itu ibadah haji dan ibadah korban juga adalah bertujuan untuk mendidik, mengasuh dan mengajar umat Islam supaya bersifat sabar, pemurah, bertolak ansur, bantu-membantu dan sebagainya, di mana hasilnya nanti dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan seterusnya dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam.

Amalan menyembelih korban adalah sebagai tanda memperingati peristiwa ketaatan Nabi Allah Ibrahim as, yang sanggup menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail as demi melaksanakan perintah Allah SWT. Keimanan dan ketaatan Nabi Ibrahim as kepada Allah SWT mengatasi segala-galanya sehingga sanggup mengorbankan anak kesayangannya sendiri. Begitu juga keimanan dan ketaatan Nabi Ismail as yang berkorban nyawa dengan penuh kerelaan semata-mata mentaati perintah Allah kepada ayahandanya Nabi Ibrahim as.

Dari kisah di atas ini, dapat diambil pengajaran bahawa setiap anak wajib menghormati kedua ibu bapanya, Sabda Rasulallah yang bermaksud : “Syurga itu dibawah tapak kaki ibu”. Ingatlah kita, ibu dan bapa telah banyak mengorbankan harta benda, nyawa dan tenaga semata-mata memberikan perlindungan dan pendidikan kepada anak-anak mereka hingga menjadi guru, jurutera, polis, tentera, doktor, pensyarah dan sebagainya. Kecewa ibu dan ayah apabila melihat anak mereka menjadi sampah masyarakat seperti penagih dadah, mencuri, pembunuh dan sebagainya, hancur lebur hati mereka apabila anak yang diharapkan menjadi sampah masyarakat.

Pesanan kepada semua ibu dan bapa, jadikanlah didikan agama sebagai tunjang utama dalam pendidikan anak, kerana penghayatan agama dapat memberikan anak kefahaman mengenai perkara yang baik dan perkara yang buruk. Ilmu agama adalah asas dan fardhu ain yang wajib ada kepada setiap jiwa umat Islam. Jangan jadikan ilmu agama ini sebagai perkara sampingan atau ilmu yang tidak penting.

Terfikirkah kita kenapa Nabi Ismail sanggup mengorbankan dirinya semata-mata taat kepada perintah Allah? Jawapannya adalah berpunca daripada didikan agama yang menyebabkan Nabi Ismail lebih mementingkan perintah Allah yang menyuruh bapanya Nabi Ibrahim menyembelihnya. Kalau bukan dari didikan agama, nescaya si anak tidak akan menuruti perintah Allah dan perintah ibu bapanya, hal ini jelas dan dapat kita lihat dilapangan bahawa ramai anak-anak menderhakai kedua ibu bapa, paling memilukan ada yang sanggup membunuh ibu bapanya. Sesungguhnya masyarakat Malaysia sekarang ini sakit rohaninya, kerana tidak dibekalkan dengan ilmu agama yang menjadi penawar rohaninya dan apabila ia ada ilmu atau pengetahuan agama, maka hidupnya lebih teratur dan mempunyai akhlak
yang mulia











































































Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments