Sebuah Lagi RBL Bakal DiBina..


Insha Allah sebuah lagi RBl di Kuantan milik orang kita bakal dibina.. Semalam 3 November 2010 pembinaan tapak sudah pun dapat disiapkan tanpa apa-apa halangan.. Alhamdullilah.. Ramai yang membantu.. Terima kasih Pak Din ucapkan pada semua..

Setelah 3 kali delay akhirnya 3 buah lori siput dapat menghantar 11-12 ela concrete sebagai tapaknya.. Semalam semua barangan yang di bawa daripada Kedah telah sampai denan selamatnya.. Alhamdullilah!! Syukur.

Pembinaan 20'x30'x 3 tingkat akan dimulakan dalam sehari dua lagi dan diharapkan akan siap sepenuhnya sebelum akhir bulan Disember kelak..

Diucapkan syukur di Kuantan ini tiada hujan selebat di utara.. hingga banjir melanda "terburuk" dalam 25 tahun... selepas kejadian yang sama dikatakan terburuk dalam 20 tahun pada 2005.. kesihankan?? Alhamdullilah di sini "OK"..

Rumah ini bakal menggunakan sistem solar bagi menyenangkan pemantauannya dan menjimatkan kos.. kerana penggunaan kuasa elektrik akan menyebabkan billnya "double" daripada kegunaan rumah.. Kesihankan para pengusaha kita yang baru saja ingin menceburkan diri, hasil belum ada sudah pun dicekik oleh pihak-pihak tertentu..


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments