Sarang burung walit ganggu penduduk di Gambang

Petikan Utusan Malaysia 7 Nov 2010


ANTARA premis-premis burung walit yang terdapat di Jalan Gambang.

Saudara Pengarang,


KEGIATAN ternakan sarang burung walit cukup popular di Malaysia. Ia bukan sahaja diternak di dalam bandar tetapi juga di luar bandar.

Harga sarang burung itu yang dikatakan mahal dan memberi pulangan kepada peniaga telah membuatkan ramai usahawan baru mencuba industri ini di kawasan tertentu.

Namun, apa yang dikesalkan tiada kawalan kepada pengusaha terbabit mendirikan rumah kosong sesuka hati sehingga menimbulkan kegelisahan di kalangan penduduk.

Hal itu berlaku di Kampung Baru Gambang, Kuantan, apabila segelintir pengusaha mendirikan rumah burung walit sehingga mengganggu ketenteraman penduduk kampung.

Bayangkan setiap hari bunyi seperti burung tersebut melalui pembesar suara mengganggu penduduk terutama bagi yang ada anak kecil.

Perkara ini sepatutnya tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menimbulkan kesulitan kami untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Janganlah hanya memikirkan keuntungan dan mengaut kekayaan sendiri sehingga mengabaikan ketenteraman penduduk.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ini kerana kami tidak menentang perusahaan itu tetapi biarlah dibuat di kawasan yang sepatutnya khususnya yang tidak mempunyai penduduk.

Diharap perkara ini diberi perhatian dan tindakan susulan segera diambil demi kebaikan semua pihak.

ANTI BISING, Kampung Baru Gambang

* Bagi Pak Din.. kalau nak dibina RBL di kawasan perumahan atau berdekatan..perlulah mengambil perhatian tentang kebajikan jiran-jiran berhampiran supaya mereka tidak SAKIT HATI.

**gunakanlah sesuatu inovasi supaya kita tidak mengganggu kehidupan jiran-jiran kita.. biasanya kalau sesuatu yang dibuat tidak mendatangkan faedah kepada mereka semuanya tidak akan suka

*** kesihanilah si burung..bukan salah mereka menyebabkan jiran-jiran jikat marah..tetapi manusialah yang membuatkan mereka dipersalahkan..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments