Rumah Burung RM320,000

MYMETRO
Oleh Mohd Amin Jalil

SYARIKAT Bumiputera, Walit World Sdn Bhd yang memajukan kawasan industri ternama burung walit di Tanjung Agas, Port Dickson, Negeri Sembilan menawarkan kepada individu berminat untuk membeli rumah burung walit pada harga RM320,000.
Pengurus projek, Mohd Nasir Che Fa berkata, hak milik tanah diberikan kepada pemilik rumah burung walit yang dibangunkan secara berpusat di kawasan terbukti menjadi habitat populasi burung walit.
Menurutnya, pihaknya menawarkan rumah burung bersaiz 20 kaki x 50 kaki setinggi 2 1/2 tingkat berserta tanah tapak seluas 2,100 kaki persegi.
“Rumah burung walit itu turut dilengkapi peralatan audio terkini untuk memanggil burung berkenaan. Kita sudah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk membangunkan kawasan seluas 5.2 hektar itu.
“Walit World Tanjung Agas Ekopark terletak di lokasi strategik iaitu dalam kawasan kampung berhampiran pertemuan muara Sungai Linggi dan Selat Melaka serta dikelilingi rimbunan pokok bakau yang sememangnya kaya dengan punca makanan yang sesuai dengan koloni burung walit,” katanya.
WADUH...MAHALNYA..LEBIH DARI SUKU JUTA TU...ERMMM BILALAH KITA BOLEH DAPAT PULANGAN HINGGA SETINGGI ITU??? 5 TAHUN?? 10 tAHUN?? TAK TAHULAH PAK DIN.. KALAU HARGA SEBEGITU..RBLNYA SUDAH PUNYA BURUNG YANG BERSARANG DIDALAMNYA DENGAN BANYAK..OK JUGA KAN??

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments