RBL Kuantan..Akan Dimulakan Segera..

Pak Din dan isteri telah ke Kuantan pada Sabtu lepas bagi membeli barang-barang tabahan yang diperlukan bagi memulakan pembinaan RBL baru ini..

Pagi isninnya lebih bayak barang akan sampai di sini dari Kedah.. Pembeian barang-barang terpaksa di bawa dari sana menggunakan treller bagi menjimatkan kos dan masa.. kerana Kuantan merupakan tempat baru bagi Pak Din..
Insha Allah dalam sehari dua lagi pembinaan akan dimulakan dengan penyediaan tapak. Concrete telah di tempah pada pagi Rabu setelah Hari Isnin lepas hujan terlalu lebat dan tapak "lembik" menyusahkan treller lekat dan barang terpaksa dilonggok di tengah jalan.. Doa Pak Din hari Rabu ni Hujan tidak turun dengan lebat lagi..
Hari ini, Rabu 3 November 2010 kerja-kerja penyediaan tapak sudah dimulakan dan dijangka akan dapat disapkan pada petang ini..
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments