Petikan Berita Harian 24 November 2010

MAHA 2010 perkenal tiga bidang pertanian baru


2010/11/24

SERDANG: Pameran mengenai industri penternakan burung walet, ikan hiasan dan rumpai laut adalah tiga bidang industri asas tani baru yang akan diperkenalkan pada Pameran Antarabangsa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA 2010), di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) selama 10 hari mulai Jumaat ini.

Jangan lupa menhunjungi MAHA. Terdapat 2 rumah contoh yang dibina oleh pihak Veterinar dan ??? Mungkin burung juga akan dipanggil masuk kedalam RBL ini ketika pameran dijalankan... Ermmm semalam ada disiarkan rBL contoh tersebut.. Tengoklah kemudian boleh sama-sama komen di sini kelak.. incase ada yang tak dapat hadir sama untuk melihat.. Tengok boleh tetapi nak tiru...pandang-pandang dulu..

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata ketiga-tiga bidang pertanian berkenaan mampu menjana pendapatan lumayan. Pembaharuan yang diperkenalkan pada MAHA 2010 ialah mengenai tiga bidang yang baru iaitu burung walet, ikan hiasan dan rumpai laut. Ia adalah bidang pertanian baru yang mudah memberikan pendapatan tinggi kepada pengusaha dan agak mudah untuk diuruskan, katanya ketika tinjauan persiapan MAHA 2010, di sini semalam.

Rasanya bukan lagi bidang BARU kot..pengusaha China sudah menceburinya sejak 30 tahun dulu?? dan di Sarawak sudah 100 tahun dulu???

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA), Mohamed Shariff Abdul Aziz.

Noh berkata, pihaknya memberi jaminan penganjuran MAHA 2010 menarik dan hebat berbanding penganjuran pada 2008.

Jom sama-sama hadir ..mana tau kot kot dapat pengetahuan baru.. yang boleh ceoatkan hasil RBL kita??? Boleh MMSkan gambar kalau ada untuk kita kongsi bersama..dengan komen lagi bagus untuk kita kongsi bersama..

Pada pameran kali ini, 15 memorandum persefahaman (MoU) akan ditandatangani antara usahawan tempatan dengan usahawan luar, katanya.
 
Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..


Comments

Waletgroup said…
Memang dalam perancangan nak pergi.. insyallah.. kalau tak ada aral.. sampai lah hari Jumaat dan Sabtu ni.
Unknown said…
baguslah.nanti buat posting boleh kongsi..kut2 pak din tak dapat gi..pindah rumah hujung minggu ni..
Waletgroup said…
Tahniah.. rumah baru dah siap.. Berkat bizz walit?..