Perjalanan Pak Din..Gambang-Muadzam Shah

13 November 2010 mencatatkan perjalanan Pak Din dari Kuantan ke Batu Kikir melalui Gambang dan Muadzam Shah..satu perjalanan yang memakan masa selama hingga hampir 3 jam.

Di sepanjang perjalanan, bermula dengan Gambang, begitu banyak sekali RBL yang baru/lama dibina dengan saiz yang berbeza tetapi keseluruhannya amat besar sekali.. bukan macam posting yang selalu Pak Din buat. Ada yang 30-40'x 50-80' dengan melebihi 2-3 tingkat.

Terletak di tengah-tengah hutan sawit/getah, di atas bukit, atau ditepi jalan...rata-ratany dengan lokasi yang menarik..tempat mencari makanan burung-burung layang-layang ini.. banyak yang tak dapat Pak Din rakamkan kerana disepanjang jalan tepi-tepi jalannya dipenuhi dengan pokok-pokok yang tinggi-tinggi..

Malangnya kesemua RBL tersebut adalah kepunyaaan usahawan Cina.. tak ada yang Pak Din rasa milik orang


Melayu..jika dilihat dari saiznya.. Mungkin diluar kemampuan kita.

Jika adalah pengusaha-pegusaha bumiputra yang berminat di sini Pak Din harap ada yang berani mencuba..tetapi ukurlah dibadan sendiri..mungkin boleh dimulakan dengan kecil-kecilan dulu.. kerana mengikut pengalaman Pak Din yang kecil itu moleh dan elbih senang diurus secara mikronya..perbelanjaan juga kurang diperlukan.. kerana bandingkan jika kita perlu menyejukkan sebuah rumah banglo..berapa banyak kipas/aircond yang perlu dipasang..dan berapa pula bil elektriknya.. dibandingkan dengan rumah pangsa yang kecil keluasannya?? dan bukan sekali gus semua burung akan memenuhi ruangan RBL kita dalam setahun dua kan??



Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments