Peikan Utusan Malaysia 26 November 2010

Penduduk sengsara diancam bunyi bising


PADANG SERAI 25 Nov. - Lebih 1,200 penduduk di beberapa kampung dekat sini diancam pelbagai masalah berkaitan alam sekitar termasuk pencemaran bunyi ekoran pembinaan rumah burung walet secara berleluasa di kawasan tersebut.

Malah, kewujudan rumah burung walet yang semakin aktif di Kampung Paya Ketiau itu dikhuatiri mengundang ancaman penyakit kerana ia dibina hampir dengan penempatan penduduk.

Kehadiran lori-lori besar yang berulang-alik membawa muatan tanah dan bahan binaan projek turut merosakkan jalan mini tar di kawasan berkenaan.

Penduduk mendakwa, sehingga kini, lebih dua kilometer jalan mini tar di kawasan Kampung Paya Ketiau menghala ke Kampung Bukit Sidam, Sidam Kanan, Lesung Tujuh dan Teluk Bilu rosak teruk kerana dilalui lori yang membawa lebih muatan.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Paya Ketiau, Mohd. Yusof Din berkata, kerja-kerja membina rumah burung walet itu dijalankan secara berleluasa sejak dua tahun lalu.

Katanya, keadaan tersebut telah mengganggu ketenteraman penduduk sekitar selain dicemari najis burung.
betul ker? pemilik rumah tolong jawab...
"Pengusaha rumah itu telah membuka pembesar suara rakaman bunyi bagi memanggil burung walet daripada awal pagi sampai lewat malam," dakwanya kepada pemberita selepas mengetuai kira-kira 30 penduduk mengadakan perhimpunan secara aman membantah kegiatan tersebut di sini, hari ini. guna la silencer atau jgn lah pasang sampai jauh malam...utk apa tu? burung dah tido...depa panggil apa? tak peka jiran betul..ishhh

Menurut Mohd. Yusof, pencemaran bunyi yang terhasil itu turut mengganggu para pelajar sekolah mengulang kaji pelajaran.

"Mereka terganggu dengan bunyi bising itu dan ada antara mereka terpaksa berpindah ke rumah rakan atau saudara mara di tempat lain," jelasnya.

Tambah beliau, sehingga sekarang, sebanyak sembilan buah bangunan rumah walet setinggi tiga hingga empat tingkat telah didirikan di kampung itu.

"Kita diberitahu sekurang-kurangnya tiga lagi sedang dalam pembinaan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Talib Awang, 48, berkata, projek pembinaan rumah burung walet yang kesemuanya dimiliki orang luar dari kawasan itu bukan saja mengganggu penduduk tetapi turut mengundang banyak masalah.

"Antara masalah yang dihadapi ialah jalan yang digunakan rosak teruk selain kebersihan kawasan tidak terjamin," jelasnya.

Beliau berkata, penduduk pernah mengemukakan aduan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kulim serta Jabatan Kesihatan Daerah tetapi mendapat makluman mengecewakan.

"Mereka beritahu bahawa ia tidak ganggu penduduk, tetapi sekarang ia benar-benar mengancam ketenteraman kami," katanya.

Beliau berharap, pihak berkuasa terutamanya kerajaan negeri mendapatkan maklum balas daripada penduduk setempat terlebih dahulu sebelum meluluskan pembinaan rumah burung walet.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahamud ketika dihubungi memberitahu, pihaknya kecewa kerana jalan mini tar yang digunakan penduduk kampung itu rosak teruk akibat dilalui lori-lori besar ke projek pembinaan rumah burung walet.

Kata beliau, pihaknya akan membantu penduduk mengemukakan aduan secara rasmi terhadap Pejabat Tanah dan Daerah Kulim untuk diambil tindakan segera.

"Selain itu, Pejabat Pembangunan Persekutuan juga bersetuju memperbaiki jalan mini tar yang rosak dalam tempoh terdekat.

"Sebanyak RM336,800 diperuntukkan untuk memperbaiki jalan mini tar kampung ini," katanya.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments

Waletgroup said…
Yang paling penting ilmu.. kena seimbang antara ilmu masyarakat, burung, ilmu untung... kita panggilnya ilmu agama.

betul tuu.. pak din.. sampai larut mlm.. wat pe...kena pergi kursus dulu.

Satu lagi.. org ramai pun satu hal.. kalu kita sombong. tak bergaul.. perkara kecil depa besar-besarkan. Kisah tokey Cina.. buka reban ayam kat sebuah kg Melayu.. Org Melayu susah marah.. kenapa.. setiap hujung minggu.. surau atau rumah berdekatan akan dapat ayam percuma.!!!, ha ha.

Tapi tak perlulah macam tu... cukup dengan ada ilmu burung, suara tak perlu kuat.. dan guna silencer.. satu idea yang baik..