MAHA 2010 MENAMPILKAN REKABENTUK RUMAH KOS SEDERHANA 35K-40k

MAHA 2010 sudah 5 hari berlangsung. Pak Din mengajak pembaca blog berkunjung ke gerai2 penternakan.burung layang-layang. Di sini kita dibuka minda bagaimana membina sesebuah rumah RBL dan juga apakah produk yang terbaik keluaran bumiputera dan pemasarannya.

Terdapat hampir 20 gerai-gerai yang menjual produk2 sarang burung dari seluruh Malaysia iaitu dari Perlis hingga ke Sabah. Anda kena naik bus no.1 kemudian tukar ke bus no.2 dan akhir ke bus no.3. OOOO...betapa besarnya kawasan... letih Pak Din berjalan merentasi hujan lebat. Akhir sekali Pak Din terpaksa minum air sarang burung dari keluaran Sarawak yang dikilangkan di Kelang.

Em....cantik juga rumah yg dibina olah Jbt Veterina bersize 15' lebar x 9' tinggi dan 20' panjang...cukup ringkas tanpa diplaster dalam dan luarnya. Cuma dicat warna kuning. Anggaran kos RM35 - ke RM40K setingkat. Mampu milik...(???) Agaknya rumah ini perlu dibina di atas bukit atau tanah tinggi. .. kalau tak tentunya burung tak dengar kalau dipanggil... maklumlah kalau ditengah sawah tanpa pokok disekeliling mungkin ok.. tetapi kalau dibina dicelah-celah pokok..ermmm tentu jadi hiasan jerla.. Cukup simple pembinaannya: dinding dari bata ringan/bumbung zincklum... kotak papan pembiakan/sistem audio. Jom kita sama- sama mendoakan kejayaannya.
Plan RBL....di MAHA 2010.

Sebuah lagi RBL contoh yang dibina oleh pihak Veterinar terletak di tempat lain.. brosyurnya menunjukkan 3 tingkat diperbuat daripada  cementboard-dindingnya dan tiangnya daripada hollow-pipe. Pintu masuknya daripada bawah bersaiz ??? . Rumah kos rendah katanya... tetapi dari segi keselamatannya rasanya mungkin tak terjamin jika jauh dari rumah sendiri. Bangunannya dapat bertahan...???? tahun.. jika dimasuki burung?? baguslah kut sebab harganya murah.. 

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments