Lebuh Raya Pantai Timur-Kuantan Ke KL (exit Temerloh)

Telah banyak RBL yang kita lihat dibina disepanjang Highways di Semennjung Malaysia. Kejayaannya juga boleh dilihat tetapi hanya melalui banyaknya burung di waktu petang/senja berlegar di sekitar RBLnya dan pintu masuknya.. Mungkin teman-teman punya maklumat yang boleh dikongsi bersama..

Semasa Pa Din melalui lebuhraya KL ke Kuantan tempoh hari terpandang pula RBL yang besar tersergam ini.. Daripada bangunannya kelihatan sudah agak lama dibina..Di waktu tengahari..burung-burung tak pula kelihatan.. Mungkin perlu lalu di sini di lewat senja barulah boleh nampak hasilnyakan??

Apa pun tiada RBL lain yang berdekatan yang kelihatan, menjadi pioneer disesuatu kawasan sudah tentu ada kebaikannya. Seperti posting-posting terdahulu Pak Din nyatakan keuntungan menjadi pioneer..maka ini juga punya keuntungannya. Lubang-lubang kecil yang sering kita lihat disekeliling rumah RBL tidak kelihatan di sini.. Mungkin dibina disebelah belakang bagi mendapat udara kehijauan yang lebih sejuk dibanding dengan udara dari lebuhraya yang sudah pasti panas dan berasap.."Carbon Monoksida" yang kurang enak buat burung-burung didalamnya kelak.. SATU IDEA YANG BAGUSKAN??

Pintu masuknya juga tidak kelihatan, mungkin dibuat di belakang (tetapi pasti kurang berkesan) kerana banyak pokok-pokok menghalang pergerakan suara yang dipancar. Jadi jangkaan Pak Din tentu sistem kemasukkannya secara terjun..jadi bunyinya kurang kedengaran dari lebuh raya walaupun kita berhenti di tepinya. Ini membuatkan pencuri kekeliruan...MUNGKIN TIADA BURUNG?? ATAU BELUM BEROPERASI..

Satu inovasi yang Pak Din tengok ialah bahagian atas bangunan ditanam dengan rumput "carpet" mungkin bertujuan menyejukkan bangunan (awas untuk ditiru..struktur bangunan mesti teguh). Mungkin tanaman ini juga boleh menarik serangga hinggap di situ seterusnya menyediakan makanan secara neutral kepada burung yang datang kesini terutama di waktu hujan.. Tetapi hati-hati ya..jangan nanti anai-anai pula membuat busut di atasnya.. bahaya kepada papan-papan pembiakan kelak..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments