Kenapa RBL Ku tidak Dimasuki Burung???


Hari ini salah seorang pemilik RBL yang telah disiapkan oleh Pak Din SELEPAS RAYA PUASA DULU mengeluh.. KENAPA RUMAH AKU TIDAK DIMASUKI BURUNG?? 

Sebenarnya RBl kita dimasuki atau tidak oleh burung bukan kita yang menentukan.. dan bukan Pak Din yang menentukan.. Kalau kita mengingati itu adalah disebabkan oleh diri kita. atau sesiapa juga... itu sudah TAKBUR NAMANYA.. Kesabaran adalah salah satu faktor yang penting bagi kita menempah kejayaan.. Apabila RBL kita sudah siap dibina..kita kenalah bersabar dan berdoa supaya doa kita dimakbulkan Allah. Pak Din nasihatkan janganlah kita ingat bila rumah kita siap dan burung dipanggil.. burung akan terus masuk dan tak keluar lagi..MAKNANYA TERUS TIDUR DI DALAMNYA.. KERANA BURUNG ITU BUKAN BURUNG KITA.. setiap RBL punya masa yang tersendiri untuk burung masuk dan tidur.. 

Jadi bila burung hanya masuk dan keluar.. janganlah ianya diganggu terus menerus.. kerana ini akan membuatkan burung-burung itu takut untuk masuk lagi kedalam rumah kita..KALAU KITA PUN BARU NAK MENCARI RUMAH SEWA..TETAPI BARU BERFIKIR NAK PINDAH KERUMAH ITU.. SUDAH ADA PENCURI YANG MENGGANGGU..TAKKAN KITA NAK TINGGAL DI SITUKAN?? RASA TAK SELAMAT TENTU TERASA DI HATIKAN?? Begitulah juga burung.. Baru saja meninjau-ninjau dan berfikir untuk tinggal di dalamnya.. RBL tersebut diganggu dengan meminda itu dan ini... macam mana mereka berani untuk tinggal di dalamnya kan??

Jadi nasihat Pak Din lagi...untuk burung itu masuk semula...bersabarlah... dan tunggu sehingga burung itu merasa selesa semula untuk mereka masuk kedalamnya..usah di usik lagi RBLnya.. kerana bukan ketidak kesuaian bunyi yang menyebabkan mereka TAK NAK MASUK KEDALAM LAGI.. BERIKAN MEREKA MASA.. dalam masa yang sama BANYAKKAN BERDOA.. BERSIHKAN HATI..JIKA ADA  JANJI-JANJI YANG MASIH BELUM DITUNAIKAN... TUNAIKANLAH.. KERANA  itu semua memainkan peranan dalam mendapat kejayaan dalam apa jua yang kita buat..KEIKHLASAN PENTING DALAM INDUSTRI INI.. KERANA BUKAN SAJA ORANG ISLAM YANG PERCAYA BEGITU TETAPI ORANG CINA PUN PERCAYA DEMIKIAN...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments