Dua Kilang Memproses Sarang Burung Dikenal Pasti Guna Bahan Kimia Bahaya

My Metro
SEREMBAN: Dua kilang memproses sarang burung walit dikenal pasti menggunakan bahan kimia berbahaya untuk menjadikan warna sarang burung itu kemerah-merahan, iaitu kategori yang terbaik, bertujuan menipu pembeli.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong berkata, perbuatan itu menyebabkan China, selaku pengimport utama sarang burung itu, menghantar aduan kepada kementeriannya memandangkan penggunaan bahan kimia itu yang boleh menyebabkan kanser.
Sebagai tindakan, beliau berkata kementeriannya sudah pun mengarahkan kedua-dua kilang terbabit menghentikan pengeluaran dan tindakan akan diambil oleh jabatan kesihatan.
China mengimport sarang burung walit sebanyak RM1 bilion dari Malaysia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Sehari Perladangan Burung Walit anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dan Persatuan Pengusaha-pengusaha Burung Walit Negeri Sembilan di sini hari ini.
Chua berkata, garis panduan untuk pengusaha burung walit akan diperkenalkan pada hujung tahun ini.
"Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yang menguatkuasakan garis panduan ini. Ini akan membolehkan pihak berkuasa mengadakan tindakan memantau industri ini supaya rumah burung itu tidak dibuat sesuka hati," katanya.
ERMMM...BAGAIMANAKAH GARIS PANDUAN YANG BAKAL DIKELUARKAN ITU?? DARI APA YANG PAK DIN DENGAR.. IANYA MENGIKUT CADANGAN PENGUSAHA-PENGUSAHA CINA YANG TELAH LAMA BEROPERASI..APAKAH IANYA BOLEH DIGUNAPAKAI UNTUK KITA?? YANG PUNYA SEDIKIT BUDGET?? ENTAHLAH..SAMA-SAMALAH KIT LIHAT KELAK!!!

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments