Burung Thailand Berhijrah Ke Sini- Sintok: Apakah Benar?.

Pak Din dipanggil untuk melawat kawasan tapak pembinaan RBL baru beberapa hari lepas di Sintuk, berhampiran dengan UUM dan juga sempadan. Pak Din telah bertemu teman ini kira-kira 2-3 minggu dulu dan beliau telah menyatakan minat yang amat sangat bagi membina RBL ini. Beliau telah mendapat kelulusan pinjaman dari pihak Agrobank.. Syukur Alhamdullilah..
Teman kita ini telah menceburkan diri dalam bidang pertanian dan perternakan sejak sekian lama. Kini beliau membela kambing secara komersil yang menyebabkan terpaksa berhutang sehingga hampir RM1Juta.. Huuuh..huuu huuu banyak tu.. ingat Pak Din tentu dah KEMANA yA? TETAPI KESIHAN... mungkin beliau telah tersalah pilih bidang yang diceburi.. tak tahulah..tetapi beliau mngaku mengalami kerugian...SALAH SIAPA??

Alhamdullilah kini beliau ingin mencuba menyertai perusahaan Sarang Layang-layang Gua pula..Pak Din harap ianya akan memberikan satu kejayaan buat beliau..INSHALLAH. Tetapi tanah yang diperolehi untuk pembinaan ini letaknya terlalu jauh...dari penempatan manusia.. dekat sempadan Thailand.. TAKUT Pak Din bila ada hasilnya KELAK.. ADA PULA ORANG LAIN YANG TOLONG KUTIP...

Walaubagaimana pun lokasinya amat menarik sekali dan banyak betul burung yang datang kesini apabila Pak Din buat testing bunyi.. Mungkin burung sempadan yang datang menjengah.. kerana Selatan Thailand juga merupakan sebuah kawasan keliaran bagi burung-burung ini.. Tetapi ESOK-ESOK ORANG THAILAND PUN MUNGKIN BERHIJRAH KESINI...ermmm

NASIHAT Pak Din jika adalah kawasan lain yang lebih dekat dengan kawasan penempatan manusia.. eloklah difikirkan semula lokasinya.. bukan apa.. Tahun 1990'an dulu semasa isteri Pak Din membuat kajian populasi burung Murai Batu di kawasan ini.. sebuah kereta pernah mengekori pajero yang dinaiki beliau sehingga beliau keluar dari kawasan tersebut...ermmm ALMOST MACAM TAK ADA ORANG LANGSUNG DISITU..HUTAN BELANTARA MASIH AGAK LUAS DI KETIKA ITU.. Mungkin sekarang sudah ramai yang membeli tanah disitu..dengarnya seorang Dato' juga punya tanah berdekatan ..

Apa pun jika ingin membina juga disini..perkara penting yang perlu dititik beratkan ialah keselamatan.. Macam mana nak fikirkan supaya pencuri dapat digagalkan dari mencuri di sini..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments