Berkat Kesabaran Dan Doa..


Alhamdullilah..berkat doa dan kesabaran dari teman kita yang telah memulakan industri ini pada awal April 2010 lepas, kini rumah teman kita ini telah mula diduduki burung.. Mengikut teman kita yang menalipon Pak Din semalam.. terdapat begitu banyak sekali tompok-tompok najis burung layang-layang ini di dalam rumahnya..

Begitulah rezeki seseorang itu satu hari akan datang juga untuk kita.. walaupun rumah ini sejak awalnya banyak didatangi burung, tetapi cuma menjengah masuk dan keluar setiap hari.. tiada yang mahu tidur di dalamnya.. Pak Din rasa tentunya "frust" juga pemiiknya kan?? Duit sudah beribu yang dikeluarkan tetapi hasilnya... tak tahulah bila..

Tetapi alhamdullilah teman kita ini telah bersabar dalam penantian yang penuh cabaran.. beliau anak beranak telah ke Mekah bulan puasa lepas untuk menunaikan umrah dan tentu memperbanyakkan doa salah satunya untuk menambah rezeki.. Alhamdullilah.. sejak pulang dari sana.. rumahnya mula menunjukkan sedikit demi sedikit kejayaan.. MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA..BURUNG-BURUNG YANG TELAH TIDUR ITU BAKAL MEMBINA SARANG DAN SETERUSNYA MEMBIAK...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments