Berita Mengejutkan Dari Batu Kurau...

Waduhhh..Pak Din baru mendapat berita.. RBL Batu Kurau yang baru beroperasi seminggu sudah pun ditiduri burung layang-layang gua ini.. Alangkah gembiranya Pak Din dan isteri mendengarnya.. ALHAMDULLILAH.. berkat doa kita semua... ianya dimakbulkan... Inilah RBL yang paling cepat mendapat kejayaan bagi burung tidur di dalamnya... Dulu Pak Din ingat RBL Besut yang paling awal ditiduri burung...TETAPI..INI MEMANG MENJADI SEJARAH..BUAT PAK DIN.. Kata teman kita sudah ada lrbih kurang 40 ekor burung yang tidur di dalamnya..ALHAMDULLILAH

RBL ini sebelumnya telah dibuka, kira-kira sebulan sebelumnya tetapi MALANG TIDAK BERBAU.. sistemnya telah dicuri oleh penagih dadah di sekitar kawasan tersebut. Pak Din terpaksa menggantikan pintu yang lebih tebal dengan harapan ianya menyusahkan PENCURI mencubanya lagi... HARAPAN Pak Din kecurian tidak akan berlaku lagi...Selepas hampir sebulan Pak Din datang semula untuk memasang pintu baru dan juga memasang SOLAR SYSTEM bagi menggantikan kuasa letrik kerana lokasi rumah agak jauh dari tiang letrik yang terdekat.. dan ia bakal mengambil masa yang lama untuk mendapat bekalan letrik..

Apa pun harapan Pak Din dan tentunya tuan rumah, teman setia blog Pak Din.. ia juga mencatat sejarah untuk burung membina sarang didalamnya dengan kadar yang cepat juga.... JOM SAMA_SAMA kita berdoa untuk kejayaan teman kita ini...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments