Batu Kikir Oh Batu Kikir KAU Bakal menerima sebuah RBL Lagi...



Semalam Pak Din dan isteri melawat tapak pembinaan baru RBL di Batu Kikir, sebuah kampung yang terletak di tepi sawah padi dan tak jauh dari pekan BAHAU, Negeri Sembilan. Lokasi yang menarik dan di sini cuma ada sebuah RBL milik usahawan Cina yang baru beroperasi.. (tak pasti-mungkin 1-2 tahun kalau dilihat dari bangunaannya..)

Pemilik tapak ini telah beberapa bulan mengikuti blog Pak Din dan sejak 1-2 bulan lepas telah menyatakan hasrat beliau untuk membina RBL ini. Alhamdullilah disebabkan terlalu sibuk menyiapkan RBL RBl terdahulu hanya kini barulah Pak Din dapat melawat tapaknya..

Alhamdullilah..tapaknya cuma bersebelahan dengan rumah ibunya ...YANG BAKAL MENJADI PENJAGA RBL ini kelak kerana pemiliknya tinggal di Kuala Lumpur. Lokasi hanyalah kurang dari 2 jam jika melalui highway LEKAS, dari Cheras..

Tapak amat bersesuaian sekali terletak bersebelahan dengan kawasan sawah yang tidak lagi diusahakan.. dan menghadap ke Pekan Bahau, yang merupakan LUBOK kepada perusahaan ini di sini..
Memandangkan populasi burung di
sini sudah sedia ada..mungkin menjadi
sedikit senang bagi usaha kita menariknya kelak.. Insha Allah.

Melalui perbincangan semalam..pihak pemilik bersedia untuk memulakan pembinaan sebaik sahaja selepas menyambut Hari Raya Korban kelak.. dan Pak Din bercadang menghantar pekerja dan barang-barang pembinaan pada akhir minggu ini insha Allah.. SESUATU YANG BAIK..TAK PERLU DITANGGUHKAN?

Dengan ukuran RBL 20'x20'x20' sebagai percubaan insha Allah ia bakal boleh beroperasi sebelum akhir tahun 2010 ini..
P/S Gambar-gambar diatas ihsan pemilik rumah/tapak RBL... Terima kasih diucapkan..Pak Din tak sempat mengambil gambarnya semalam..disebabkan hujan lebat...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments