Banjir Oh Banjir...

Inilah yang dikatakan kita merancang.. tetapi ALLAH yang menentukan.. Baru sahaja tapak RBL ini disiapkan.. (gambar semasa pembinaan), BANJIR PUN MELANDA.. tetapi alhamdullilah semuanya sempat di bina..

Tapak RBL ini dibina di kawasan sawah padi..didalam petak yang sudah kering dan tidak dikerjakan lagi (padi sudah tak ditanam).  Tapak terpaksa dinaikkan dengan membina tembok disekeliling menggantikan tiang yang dibuat secara lazimnya.. Kemudiannya daripada dalamannya dikosongkan, ianya kemudian ditambak pula dengana tanah merah atas permintaan pemiliknya.. Alhamdullilah  ianya sempat siap. Pak Din terpaksa bergegas menguruskan pembinaan sebab takutkan banjir melanda dan membawa pergi segala bahan binaan.. Alhamdullilah semuanya ok...sekadar pasir saja yang dihanyutkan...
 
Sejak 3-4 hari lepas pembinaan terpaksa dihentikan disebabkan banjir yang melanda.. hingga 1 meter lebih tingginya.. Ermmm risau juga Pak Din.. takut terlalu lama banjirnya..hanya Doa saja yang dapat dipanjatkan memohon semuanya selamat.. Alhamdullilah.. semalam pembinaan dapat diteruskan dan tiang dapat dinaikkan..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments