Bangau Oh Bangau.. Kenapa Engkau Sakit...

Dibina bermula bulan puasa yang lepas RBL ini telah menjadi "projek sakit" kerana agak lewat penyiapannya dari perancangan asal.. Faktor cuaca, pekerja dan permintaan tambahan yang diluar skop oleh pemilik menjadikan sesebuah pembinaan "lambat".

Kini ianya hampir 95% siap dengan hanya hiasan dalaman dan sistem bunyi dan penyejukan yang masih belum dipasang.. seperti dalam perjanjian awalan..Pak Din terpaksa menunggu pembayaran "last kopek" dari pemiliknya. Jika semuanya berjalan lancar.. sebelum akhir bulan November ini RBL ini bakal beroperasi..Insha Allah.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments

Lampard said…
kat kuala kedah mcm mana pulak... bayar abis dah... tp tak siap lg... projek sebelum bulan puasa lg...
Unknown said…
TENGOK KOS LER CIK ADIK OII...DUIT TU KECIK JER MASA BINA NAK MURAH..TAPI TAKKAN DEPOST LETRIK PUN PAK DIN KENA BAYAR?? NAK MASUK AIR PUN PAK DIN KENA TANGGUNG?? MAPPUH LER CAM TU..
Lampard said…
kan dah kira dulu, janji banyk tu siap semua sekali. pasai pa lain pula la ni. bila dah nak siap kos kecik pulak.aduhhhhh...
Unknown said…
Dulu janji ok masuk api n air tetapi bukanlah hingga nak bayar deposit pun pak din bayar..nak letak nama pak din ker?? esok pak din kutip hasilnya boleh ker? pas tu nak pasang pagar kawat bayar sikit dah nak tu pagar mcm penjara pulak?? pas tu letrik tnb black out pun pak din kena jaga jugak? asal dinding zinclom pas ti=ukar pada bata kos tak tambah pun..pak din kena layan jugak..pasang "kok" masuk rumah pun pak din tanggung..nak tambun 1/4 drp sawah pun suruh pak din tanggung... BESAR BENAR KER RM 35k?? so apa yg pak din dapat?? derma jerlah. tujuan pak din asalnya nak tolong bagi dapat rumah burung ni dah macam nak gaduh pulak..sampai hari tu nak tebang pokok pun nak suruh pak din jugak...aduhhhh..kalau tak der duit sangat nak bayar deposit api n air pajak sajalah pak din utk 10 thn pas tu ambillah lepas dapat hasil..SUSAH KEJER DENGAN ORG KEDEKUT NIH.