Bahau Oh Bahau..

Hari Sabtu lepas Pak Din melalui pekan Bahau dari Kuantan. Inilah pertama kali Pak Din sampai di sini... Tak di sangka pekan Bahau juga telah menjadi lubok bagi industri burung Layang-layang ini..

Banyak daripada bangunan-bangunan kedai di sini telah ditukar dan direnovate menjadi RBL.. rata-ratanya milik pengusaha Cina Pak Din rasa... Flat-flat juga dibahagian atasnya di renovate menjadi RBL..

Bahagian atas supermarket juga dijadikan RBL.. di seluruh pekan buny-bunyi panggilan burung jelas kedengaran.. Pelbagai bentuk dan pintu masuk..ada yang membina "monkey house" dan tak kurang juga yang membuat gaya terjun... dari atas atap. Hadapan bangunan dihiasi dengan banner dan cermin bagi menampakkan kecantikan bangunan.. "camouflage" supaya tak kelihatan seperti rumah "hantu"..





Seperti di bandar-bandar lain yang punya RBL .. tentunya terdapat pelbagai aduan di atas industri ini.. di sini...Pak Din terfikir juga.. bagaimana Garis Panduan yang di war-warkan akan di gunapakai dalam "masa terdekat" dan Negeri Sembilan akan menjadi negeri yang pertama meng"enforce"kannya..








Tentunya semua RBL di sini terpaksa diruntuhkan?? ADUHHHH... JIKA ini terjadi..dimanakah akan perginya semua burung-burung yang telah menjadi penghuni di bangunan-bangunan di sini?? Kurang sekali kelihatannya RBL di luar kawasan pekan di sini..








Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments