Apa Pandangan Anda Dengan RBL ini???


RBL ini dibina menggunakan Cement-board untuk dinding dan lantai..Pembuatannya ringkas dan ringan jika bahagian bawah rumah tidak dibina untuk 2 tingkat (foundation tak kuat). Amat berguna bagi sesiapa yang masih baru mahu berjinak-jinak dengan industri ini. Punya modal yang sedikit dan tiada tanah yang boleh digunakan untuk membina RBLnya.

Cuma satu yang penting untuk kita ketahui.. jika RBL kita sudah banyak dipenuhi burung..pengurusan rumahnya amat penting. Kebersihan RBL mesti dijaga rapi supaya tidak menjadi masaalah kepada diri kita dan keluarga kita. Kekotoran RBl boleh menyebabkan "hama dan kutu" membiak di dalamnya. Rumah boleh menjadi busuk dan boleh "tembus" kerumah kita di bawahnya. Jadi hati-hati ya? supaya dalam keghairan kita membuat duit..kesihaan kita terjejas. 

Walaupun sehingga kini masih belum ditemui penyakit yang dibawa oleh burung-burung ini oleh pihak-pihak berkuasa..secara semulajadinya "any" burung ada membawa satu jenis "virus" avian influenza yang tidak mengakibatkan apa-apa pada diri mereka dan manusia... MANA TAHUKAN? MALANG TIDAK MENGENAL SESIAPA... JADI HATI-HATI YA?? BERWASPADA SELALU..WALLUALAM.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments