Amaran Menteri Dalam TV1

Salah sorang menteri kabinet telah memberi amaran kepada orang ramai berkaitan SKIM CEPAT KAYA di dalam industri sarang burung layang-layang yang telah disiarkan di dalam TV beberapa hari lepas. Kita diminta berhati-hati akan skim ini yang menjanjikan ribuan, malahan ratusan ribu ringgit, bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang kita buat..

Pak Din pada dasarnya tidak percaya kepada skim ini.. kerana melalui pengalaman tidak semudah itu sesebuah rumah burung akan dimasuki dan didiami oleh burung layang-layang ini. Ia bukan sahaja bergantung kepada kepakaran seseorang membina dan memanggil burung tetapi kepada rezeki seseorang.. Tengoklah berapa ramai yang membina RBL di semenanjung tetapi berapa ramai pula yang berjaya??? walau untuk memanggil burung masuk pun susah.inkan pula untuk mereka bermalam dan seterusnya membiak..

Bergantung kepada RBL yang ada... setengahnya berbulan-bulan burung masuk dan tidur tetapi tidak juga mereka bersarang.. dan tidak ketinggalan pula yang baru sahaja masuk dan tidur, kemudian dalam masa 2-3 bulan sudah pun mula bersarang.. JADI APA KRITERIA MEREKA GUNA??? Kita tak dapat mengaggakkan?? ikut REZEKI MASING-MASINGKAN??

Begitulah..Pak Din tak pernah menjanjikan 100% RBL yang dibina akan di masuki dan burung tidur di dalamnya.. mungkin untuk masuk dan keluar...bolehlah dilakukan TETAPI..YANG LAIN TUAN EMPUNYA MESTILAH BERUSAHA SENDIRI..itulah sebabnya pengetahuan penting untuk mencapai kejayaan dalam industri ini...

JANGAN TERLALU CEPAT PERCAYA AKAN JANJI-JANJI MANIS "ORANG-ORANG" YANG MAHU BUAT DUIT CEPAT.. DAN MENCARI KEUNTUNGAN MENGGUNAKAN DUIT ORANG LAIN.. SELIDIK DULU KEMUDIAN TEPUK DADA DAN TENGOKLAH KOCEK...


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments