Aduh...Accident Pulak!!


Malang tidak berbau... Tadi Pak Din terjebak di dalam satu kemalangan dengan sebuah motor. Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya?? dan mengakibatkan jalan dipenuhi dengan air..

Ketika Pak Din memandu pulang dari bertugas di Pendang,kira-kira jam 4.00 petang.. sebuah motor dari arah hadapan telah cuba mengelak dari melalui jalan yang digenangi air.. Pak Din melihat ianya datang dari arah hadapan, "straight" menuju kereta Pak Din. Pak Din dengan cemas menarik brek tangan untuk memberhentikan kereta secara mengejut kerana jika menggunakan brek kaki tentu sekali kereta lambat berhenti.. 

Tetapi sudah dikatakan malang tidak berbau.. walau kereta telah dapat dihentikan, motor yang ditunggangi seorang anak muda.. terus meluru kearah kereta Pak Din..tanpa membrek...DOOMMM... aduh..HABIS MOTORNYA HAMPIR HANCUR bagaikan huruf 8 dan bonet kereta Pak Din juga hancur dan cermin kereta pecah...ADUHHHH.. baru sahaja bulan lepas cermin ditukar.. APA NAK DIBUATKAN..

Anak muda yang melanggar kereta Pak Din agak parah.. Pak Din terpaksa menahan sebuah lori yang lalu ketika itu dan meminta tolong membawakan budak tersebut ke Klinik berhampiran untuk rawatan segera sambil memanggil polis..Budak tersebut mengaku bersalah...ermmmm. Pak Din terpaksa meminta tolong dengan teman sekerja untuk membawa Pak Din ke balai polis. Pak Din diminta mengambil gambar kejadian dan membawa kereta yang "hancus" didepannya ke balai polis.. PELIK JUGAK PAK DIN DISURUH MENGAMBL GAMBAR SENDIRI...ERMMM.. gambar digital!!

Pak Din kemudian membawa kereta ke balai polis dan setrusnya membuat lapuran polis di atas kejadian tersebut..ALHAMDULLILAH PAK DIN TAK APA-APA... Itulah jika anak-anak kita juga membawa motor..mintalah mereka berhati-hati kerana sedikit ajer..sudah jatuh..MALANG TAK PERNAH BERBAU..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments